Hi! Welcome Back and Stay Tune! BN tidak pernah tindas rakyat: Bung Mokhtar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BN tidak pernah tindas rakyat: Bung Mokhtar

Oleh Rusnan Mustafa//

BANTU RAKYAT: Bung menyampaikan replika cek kepada wakil penerima Lehi Teng sambil disaksikan (dari kiri) Normala, Rubiah dan Idris.

BANTU RAKYAT: Bung menyampaikan replika cek kepada wakil penerima Lehi Teng sambil disaksikan (dari kiri) Normala, Rubiah dan Idris.

KOTA SAMARAHAN: Barisan Nasional (BN) tidak pernah menindas rakyat sepanjang menjadi parti pemerintah sejak merdeka lagi.

Perkara itu ditegaskan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin yang memberitahu, rekod cemerlang dalam pentadbiran sepanjang memerintah negara ini terbukti apabila BN sentiasa menjadi pilihan rakyat secara keseluruhannya.

“Kita dengar pembangkang yang mengatakan diri mereka berjiwa rakyat berkata kerajaan BN menindas rakyat, nyatakan kepada saya kampung mana, daerah mana BN menindas rakyat.

“Pembangkang tidak menyebut kampung mana, mereka hanya cakap semberono sahaja, kalau ada rakyat tertindas oleh parti pemerintah (BN) saya akan jadi orang pertama yang menentang pemerintah tersebut.

“Walaupun memang ada rakyat yang susah tetapi tidak ada yang kita dengar mereka ini mati kebuluran tidak makan, belum ada rekod menyatakan orang mati sebab tidak makan di negara ini, yang banyak kita dengar orang mati kerana lebih makan menyebabkan darah tinggi dan kencing manis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di pekarangan Dewan Masyarakat Kampung Empila di sini, semalam.

Bung Mokhtar yang juga pengerusi FELCRA menambah itu bermakna kerajaan pemerintah yang sedia ada sentiasa menjaga rakyat dengan baik.

“Kalau di Indonesia mereka adakan pilihan raya setiap tujuh tahun tetapi kita di Malaysia hanya lima tahun untuk mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang memerintah.

“Jadi pada 7 Mei ini rakyatlah raja yang akan menentu kerajaan mana yang akan memerintah kalau salah pilih maka sukarlah masa depan, undilah dengan bijak,” tegasnya.

Beliau turut memberitahu bahawa wakil rakyat daripada BN sentiasa bekerja keras tanpa mengira waktu sama ada musim pilihan raya atau sebaliknya demi kesejahteraan dan pembangunan rakyat.

Namun pihak pembangkang, katanya hanya muncul setiap kali musim pilihan raya tetapi selepas itu hilang begitu sahaja tanpa mempedulikan masalah rakyat.

Mengulas lanjut mengenai isu surat tanah kampung di situ, Bung Mokhtar berkata ia memerlukan tempoh untuk kerajaan mengeluarkan surat hak milik dan tidak semestinya kerajaan negeri tidak mengiktiraf tanah kampung tersebut.

“Pengukuran untuk mengeluarkan surat hak milik ini memakan masa bukan seperti kita membuat pisang goreng,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap rakyat Sarawak memberi sokongan padu kepada Pasukan Adenan dan calon BN bagi memastikan segala pembangunan dan permasalahan rakyat dapat ditangani dengan lancar.

Pada majlis itu, Bung Mokhtar turut menyampaikan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) FELCRA sebanyak RM120,000 untuk baik pulih 15 rumah di bahagian Samarahan dan sumbangan kepada ibu tunggal, warga emas, pelajar cemerlang serta kerusi roda kepada golongan kurang upaya.

Hadir sama Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang, Ahli Parlimen Pasir Gudang Normala Abdul Samad, Calon BN DUN Muara Tuang Datuk Idris Buang dan tetamu kehormat lain.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1Nf3Cu9

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.