Seer Menawarkan Akses Ke Fungsi Pralihat Seumpama Mac Pada Windows
Bagi anda yang pernah menggunakan sistem operasi Mac OS X, mungkin anda sedia maklum dengan fungsi pralihat untuk gambar, video dan beberapa dokumen yang lain. Fungsi pralihat ini hadir dengan aplikasi yang sangat ringan dan asas, dan pengguna boleh mengaksesnya dengan memilih fail media berkaitan dan menekan butang spacebar.
Pada Windows, jika anda inginkan fungsi yang lebih kurang sama, salah satu perisian yang dapat membantu anda adalah Seer.
Seer merupakan perisian percuma yang membolehkan anda pralihat sesuatu fail media dengan memilihnya dan menekan butang spacebar.
Melalui Seer ini, ia membolehkan pengguna melihat pelbagai gambar dan video, termasuk dokumen dalam format PSD dan juga AI. Disamping itu, ia juga menyokong paparan dokumen PDF dan beberapa format yang lain.
Apa yang membezakan fungsi pralihat ini dengan fungsi pralihat yang terbina pada Windows adalah ia berfungsi dengan lebih ringan dan membukanya dengan lebih pantas. Ia juga tidak membuka fungsi tambahan seumpama pada tetingkap pralihat terbina Windows, membolehkan Seer ini membukanya dengan lebih pantas dengan tujuan untuk pralihat sesuatu fail media.
Bagi anda yang menggunakan sistem operasi Windows, dan inginkan kemudahan untuk pralihat sesuatu fail media dengan pantas, mungkin anda boleh mencuba perisian Seer ini hari ini.
Muat-Turun Seer untuk Windows
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1W17cei
Post a Comment