Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gerawat janji bantu rakyat jika terpilih wakil rakyat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gerawat janji bantu rakyat jika terpilih wakil rakyat

MARUDI: Calon langsung Barisan Nasional (BN) di DUN Mulu Datuk Gerawat Gala berjanji akan melawat semua rumah panjang yang ada dalam kawasan Poyut/Lubok Nibong sepanjang berkempen.

Katanya untuk pilihan raya ini sahaja beliau sudah menjenguk sebanyak sembilan rumah panjang di situ.

“Tujuan saya datang selain memperkenal diri, juga mahu mendengar dan mengetahui masalah dialami masyarakat di DUN Mulu,” katanya.

Gerawat menjelaskan, permintaan penduduk akan beliau perjuang sebaik dilantik menjadi wakil rakyat.

“Oleh yang demikian saya merayu sokongan anda untuk memberikan undi kepada saya dan Barisan Nasional (BN), selepas itu kita dapat melulus segala permintaan penduduk Mulu,” jelasnya.

Katanya walaupun Mulu kecil berbanding kawasan asalnya Telang Usan, namun beliau amat berharap kawasan baharu itu menjadi permulaan untuk membawa masa depan lebih baik.

Gerawat berkata demikian ketika berucap sambil memperkenalkan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sungai Stapang B, petang semalam yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Justeru beliau turut mengingatkan penduduk supaya jangan mengambil peduli terhadap isu simpati diluahkan oleh pembangkang, iaitu mengenai isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), GST dan sebagainya.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1Nf3CtT

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.