Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sijil Peperiksaan Bersepadu boleh diiktiraf di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sijil Peperiksaan Bersepadu boleh diiktiraf di Malaysia

SIBU: Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) boleh diiktiraf di negara ini dengan melakukan sedikit perubahan terhadap kurikulum semasa.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, beliau telah membawa perkara tersebut kepada perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada masa ini UEC hanya diiktiraf di peringkat negeri.

“Beliau (Najib) berkata ini boleh dilakukan tetapi perlu menukar sedikit kurikulum iaitu subjek Sejarah dan Bahasa Malaysia.

“Sekarang, Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) diketuai oleh Temenggung Datuk Vincent Lau boleh berunding dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membolehkan UEC diiktiraf di negara ini,” katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-85 SJK Thai Kwang di sini, malam kelmarin.

Menyedari masyarakat Cina amat mementingkan pendidikan, Adenan memberitahu bahawa beliau menyumbang sejumlah RM12 juta kepada sekolah persendirian Cina di negeri ini dalam tempoh dua tahun sejak memegang jawatan Ketua Menteri.

Beliau berkata sekolah persendirian Cina sebelum ini tidak pernah menerima satu sen pun daripada kerajaan.

Sementara itu, Adenan turut menghuraikan tentang politik sambil memberitahu bahawa masyarakat Cina perlu ada wakil dalam kerajaan.

Oleh itu, beliau meminta mereka menyokong calon-calon BN daripada masyarakat Cina seperti Dato Sri Wong Soon Koh (calon langsung BN Bawang Assan), Datuk Tiong Thai King (calon langsung BN Dudong) bagi komuniti itu berada dalam kerajaan.

Beliau tahu masyarakat Cina hilang kepercayaan terhadap Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada 2006 dan 2011.

“Terdapat banyak sebab mengapa mereka hilang kepercayaan terhadap SUPP. Salah satunya ialah kepimpinan lemah dalam SUPP pada masa itu.

“Sebab lain adalah masyarakat Cina berfikir bahawa SUPP tidak dapat mewakili suara mereka. Ini adalah sebab utama.

“Tetapi sekarang, saya melihat perubahan kepimpinan SUPP lebih baik di bawah Presidennya Datuk Dr Sim Kui Hian. Oleh itu, saya meminta masyarakat Cina memberi SUPP peluang,” jelasnya.

Beliau berkata kabinet negeri tidak dapat dibentuk tanpa masyarakat Cina.

“Oleh itu, berilah Wong dan Dr Sim menang pada PRN ini agar mereka boleh menyertai kerajaan saya,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan peruntukan sejumlah setengah juta ringgit untuk SJK Thai Kwang.

Hadir sama Wong, Pengerusi Lembaga Pengurusan SJK Thai Kwang yang juga calon langsung BN Dudong Datuk Tiong Thai King, calon langsung BN Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh, calon langsung BN Pelawan Datuk Janet Lau, pengerusi jawatankuasa penganjur Tiong Tung Uh, Guru Besar SJK Thai Kwang Sio Siok Hie dan Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1Nf3ASZ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.