Hi! Welcome Back and Stay Tune! Antara wanita berpurdah dan berambut merah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Antara wanita berpurdah dan berambut merah

Kata orang, pakaian itu gambaran hati. Apa yang dipakai mencerminkan peribadi. Itu kata oranglah.

Namun apa yang aku perhati, tidak semuanya begitu. Yang bertudung litup, yang bertudung labuh, malah yang berpurdah itu tidak semuanya menzahirkan akhlak yang baik.

Kadang kala, yang free hair dan berambut merah itu lebih santun akhlaknya. Baik di alam maya, mahu pun di dunia nyata.

Aku ulang, tidak semuanya. Jangan kau cepat melatah pula.

Di muka buku ini sering sahaja aku perhati, yang bertudung itu membuka cerita yang mengaibkan suami. Bercerita tentang orang itu ini (mengumpat). Suka pula menyebarkan sesuatu yang tak pasti (fitnah).

Sedang yang free hair dan berambut merah itu hanya update status tengok wayang sahaja. Gambar dia bersuka ria dengan kawan-kawan. Kadang-kala up gambar peluk kucing. Konon nak tunjuk manja, padahal nak tunjuk dada.

Dan, tidak pula aku mengata tindakan yang berambut merah itu baik dan dapat pahala. Tidak! Tidak sama sekali.

Cuma, itu dosa dia dengan tuhan. Dia dengan tuhan. DIA – TUHAN. Faham?

Sekali sujud ampun penuh ikhlas, Allah mampu ampun segalanya.

Tapi mungkin dalam beribu sujud pun Allah tak ampunkan kalau kau tak sebenar-benar nasuha. Jangan sedap hati sangat geng free hair berambut merah ya!

Sedang yang bertudung litup itu berdosa dengan suami. Allahu, dosa dengan suami bukan boleh dibuat main puan-puan.

Sedang mereka berdosa dengan rakan-rakan. Mengumpat secara berjemaah di wall sendiri. Seronok bergelak ketawa dan mempersenda. Belum kira fitnah yang disebarkan lagi.

Ini dosa dengan manusia. Dia dengan manusia. DIA – MANUSIA. Faham?

Sujud sejuta kali pun, kalau tuan empunya badan tidak redha, mencarilah di akhirat nanti. Itu hukumnya.

Itu baru cerita maya. Belum kisah nyata.

Alam nyata pun tidak jauh beza. Nampak bertudung, nampak selalu pergi majlis ilmu, tapi pengotornya Ya Tuhan. Yang pernah sampai rumah mereka je tahu. Kalau kat luar bukan main lagi nampak sopan, kat rumah Ya Rabbi!

Sedang mereka tahu ” Alnazhofatul minal iiman.”

Yang ni bukan sahaja perempuan, lelaki pun sama juga. Dia punya serban, tujuh hasta. Dia punya pengotor, spender pun letak atas meja makan.

Belum lagi masuk bab sedekah, bab pemalas, bab cakap tajam tak menjaga hati orang, bab berhutang buat diam, bab memuliakan orang tua, bab menyantuni anak yatim, bab tidak menjaga hubungan silaturrahim dan lain-lain ni.

Dah pun berjela-jela aku tulis. Kalau ulas satu persatu agaknya jadi lebih tebal dari Kamus Dewan status aku kali ini.

Cukuplah di sini. Cukuplah dahulu.

Cuma satu aku nak pesan. Usahlah ambil tugas Tuhan. Mengata orang itu banyak dosa, orang itu neraka tempatnya.

Kau yang mengata itu awal-awal dah tentu berdosa. Mengata orang depan-depan mahupun dalam diam. Mengambil alih tugas Tuhan.

Cuma aku dapati, ada ramai sangat kawan dan orang sekeliling aku mempunyai hati yang cantik. Ya, hatinya sangat cantik walau rambutnya merah. Walau tidak bertudung, akhlak dan santunnya aku kagumi.

Sedang yang bertudung litup dan berkopiah itu, hanya cantik luaran sahaja sedang hatinya sedang membusuk tanpa sedar. Pakaiannya cukup Islamik, sedang akhlak ke laut.

Dan, sekali lagi aku ingatkan. Status ini bukan bermaksud aku minta kau yang bertudung suruh buka tudung.

Bukan! Bahkan aku menyeru sahabat yang masih belum bertudung, bertudunglah! Aku sayang kalian semua walau kita tak pernah berjumpa.

Yang bertudung litup dan berkopiah, malulah dengan pakaian kalian. Terkadang yang ditonjolkan tidak sepadan dengan ilmu dan jubah.

Oh ya, sebelum aku terlupa, status ini aku tujukan khas buat diri aku dan ahli keluarga aku terlebih dahulu.

Orang lain yang baca dan nak terasa, silakan. Rasakanlah!

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kWFune

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.