Kelantan Tidak Keluar Larangan Rakyat Berbasikal Waktu Malam – MB
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tidak berhasrat mengeluarkan arahan atau ketetapan melarang rakyatnya terutama anak muda bawah umur berbasikal pada waktu malam.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, bagaimanapun meminta supaya ibu bapa tidak membiarkan anak-anak mereka berkeliaran pada waktu malam dengan berbasikal di jalan raya.
“Sebaiknya waktu itu (malam) bukan untuk kita beriadah. Ambil (lakukan riadah) pada waktu pagi dan petang. Malam ni tak sesuai,” ujar beliau.
Bercakap kepada pemberita pada majlis pelancaran Riadah Berbasikal Penjawat Awam Kelantan pagi tadi, beliau juga menyarankan ibu bapa dan penjaga memberikan kesedaran kepada anak-anak mereka tentang bahaya berbasikal pada waktu malam yang boleh mengundang kemalangan dan sebagainya.
Katanya, berbasikal waktu malam dilihat tidak bermanfaat dan mendatangkan keburukan bahkan membahayakan nyawa seperti kes kemalangan yang berlaku di Johor Bahru sebelum ini yang mengorbankan nyawa remaja berusia belasan tahun.
Terdahulu, Ahmad melancarkan Program Riadah Berbasikal Penjawat Awam Kelantan sejauh 33 kilometer melibatkan lebih 900 orang peserta.
Rakyat Kelantan pada masa ini meminati sukan berbasikal bahkan setiap hari riadah berbasikal disertai kumpulan tertentu melibatkan dewasa dan remaja.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lTxgfi✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment