Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembunuhan Jong Nam: Polis Sah Sampel Diambil Dari Kondominium Verve Suites - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembunuhan Jong Nam: Polis Sah Sampel Diambil Dari Kondominium Verve Suites

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat mengesahkan pihak polis telah mengambil sampel daripada sebuah kondominium di Jalan Klang Lama yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Beliau berkata tindakan mengambil sampel tersebut dari kondominium Verve Suites pada Khamis merupakan sebahagian daripada prosedur siasatan dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

“Namun kita tidak dapat mengesahkan secara spesifik sama ada sampel itu berupa cecair atau bahan kimia. Belum dapat disahkan secara positif kerana ia masih disiasat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan festival JomFest Carnival-BigFood di sini hari ini.

Abdull Samah juga berkata pihak polis sedang bekerjasama dengan Jabatan Kimia, Jabatan Forensik dan Agensi Nuklear Malaysia untuk menyiasat sama ada bahan yang digunakan dalam kes pembunuhan tersebut mempunyai kesan radioaktif.

“Ia hanya berupa langkah berjaga-jaga yang diambil pihak polis berikutan terdapat kebimbangan dalam kalangan orang awam berhubung bahan yang digunakan dalam pembunuhan itu.

“Siasatan turut meliputi semua lokasi berkaitan kes,” tambahnya.

Mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa seorang lelaki telah ditahan dalam serbuan itu, Abdul Samah menafikan laporan itu dengan berkata tiada tangkapan baru dilakukan.

Mengenai kerjasama daripada pihak kedutaan Korea Utara bagi membolehkan pegawai kedutaannya untuk turut dipanggil bagi disoal siasat, beliau berkata setakat ini tiada sebarang pegawai daripada kedutaan itu yang tampil bagi membantu siasatan kes.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberi masa yang sesuai kepada pihak kedutaan untuk menyerahkan individu yang dikehendaki tersebut.

“Satu notis akan dikeluarkan apabila tempohnya berakhir untuk meminta individu berkenaan hadir bagi disiasat. Sekiranya notis itu tidak dipatuhi, pihak polis akan meminta mahkamah untuk mengeluarkan waran tangkap.

“Di sebalik mempunyai kekebalan diplomatik, pihak polis akan menggunakan kuasa mereka untuk memanggil sesiapa sahaja bagi membantu siasatan kerana kes itu disiasat sebagai kes jenayah,” kata Abdul Samah.

Jong-nam yang merupakan abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 8 pagi 13 Feb lalu untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita menghampiri dan menyapu mukanya dengan tangan mereka yang dipercayai telah diliputi dengan cecair beracun.

Susulan kejadian itu, dia yang datang ke Malaysia pada 6 Feb dengan memiliki pasport atas nama Kim Chol telah mengadu mengenai kejadian yang dialaminya kepada petugas keselamatan di klia2, namun dia meninggal dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

PDRM kemudiannya menahan empat individu, dua daripadanya wanita, seorang memegang pasport Indonesia manakala sorang lagi pasport Vietnam.

Dua lagi lelaki itu, seorang daripadanya adalah warga Malaysia sementara seorang lagi warga Korea Utara. Warga Malaysia itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis. — BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lke0Ej

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.