Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua Pelajar UMP Mati Lemas Di Air Terjun Bekelah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua Pelajar UMP Mati Lemas Di Air Terjun Bekelah

Spread the love

KUANTAN – Kegembiraan sekumpulan pelajar berkelah di Air Terjun Bekelah, Gambang dekat sini berakhir dengan tragedi apabila dua rakan mereka lemas petang ini.

Dalam kejadian pukul 1.15 petang itu, mangsa Muhammad Azrul Khairudin, 20, dari Kampung Banggol Perdong, Manir, Kuala Terengganu; dan Muhammad Zahid Hamidi Mohd Hasan, 20, dari Seri Menanti, Muar, Johor dilaporkan telah mandi di air terjun itu bersama 11 lagi rakan mereka.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hasan berkata kedua-dua mangsa, pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP), dilaporkan telah terjun ke dalam satu lubuk di situ, tetapi tidak timbul di permukaan selepas beberapa ketika.

“Rakan mangsa kemudian bertindak melaporkan hal itu untuk bantuan bomba.

“Seramai 11 anggota bomba termasuk dari Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Zon 1 menjalankan misi mencari dan menyelamat sebaik tiba di lokasi berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama petang ini.

Mayat kedua-dua mangsa yang merupakan pelajar tahun tiga jurusan sains berjaya ditemui berasingan di tingkat satu air terjun itu pada pukul 3.25 petang dan 3.48 petang.

Anuar berkata kedua-dua mangsa itu dipercayai lemas akibat pusaran air yang laju di kawasan lubuk berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lkyOeO

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.