PKNP FC mula intai slot ke Piala Malaysia 2017
Kapten PKNP FC, Mohd Fazli Zulkifli (dua kanan) cuba melepasi halangan tiga pemain ATM dalam saingan Liga Perdana 2017 di Stadium Perak, Ipoh. – Foto Muhaizan Yahya.
IPOH: Abu Bakar Fadzim memuji persembahan pemain Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC ketika berjaya mengatasi pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1-0 di Stadium Perak, malam tadi.
Dengan kejayaan anak buahnya menduduki tangga kedua ketika ini, Bakar mula mengintai peluang menghuni kelompok lima pasukan teratas Liga Perdana agar layak ke Piala Malaysia 2017 secara automatik.
Justeru jurulatih itu berharap anak buahnya memastikannya dengan kejayaan dalam lima perlawanan terakhir pusingan pertama.
Pada perlawanan yang menyaksikan dua pemain dilayangkan kad merah, tuan rumah ‘membunuh’ lawan melalui jaringan pada minit akhir oleh Muhammad Shahrel Fikri untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu, Negeri Sembilan.
Bakar berkata kejayaan Shahrel itu membuktikan bahawa pemain tempatan juga berkemampuan untuk menjadi peledak.
Sharel, 23 yang berasal dari Manjung juga menjadi pemusnah Terengganu di Kuala Terengganu, Selasa lalu apabila menjaring kedua-dua gol dalam kemenangan 2-1 wakil Perak itu.
“Saya gembira kerana selain pemain import kami juga miliki penyerang tempatan berkemampuan,” katanya.
Lebih membanggakan jurulatih itu ialah pemain menunjukkan semangat juang tinggi biarpun beberapa pemain utama tidak beraksi gara-gara kecederaan dan penggantungan.
Malah menurut Bakar, PKNP hanya meneruskan aksi dengan khidmat seorang pemain import iaitu Ritus Krjauklus apabila Vincent Lucas kurang berkesan.
“Ternyata kami tidak terlalu bergantung kepada tenaga pemain import semata-mata,” katanya.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lkl0Rr✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment