Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelajar MCKK Menjuarai eAspirasi Hackathon – Membawa Pulang Hadiah MacBook Pro Touch Bar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelajar MCKK Menjuarai eAspirasi Hackathon – Membawa Pulang Hadiah MacBook Pro Touch Bar

Pada tahun lalu, MDEC telah memperkenalkan program eAspirasi untuk pelajar dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA). Ia merupakan satu usaha dalam menggalakkan para pelajar mendekati bidang teknologi bagi memudahkan mereka menyambung pelajaran mahupun melangkah ke alam perkerjaan.

Banyak program telah dijalankan di bawah program ini, antaranya eAspirasi Immersion Programme yang memberikan mereka pendedahan dengan bidang teknologi melalui roadshow, career talk, dan juga boot camp. Di bawah program ini turut menyediakan satu pertandingan hackathon yang melibatkan para pelajar peringkat menengah dalam membangunkan aplikasi berasaskan telefon pintar.

Acara akhir untuk program hackathon ini telah berlangsung hari ini di Multimedia University, Cyberjaya dengan menyaksikan 5 pasukan melakukan pitch mengenai aplikasi telah dibangunkan. Kemua pasukan ini perlu membentangkan beberapa perkara seperti permasalahan yang dihadapi, cara penyelesaian masalah tersebut melalui aplikasi, dan bagaimana untuk memasarkan aplikasi tersebut di kemudian hari.

Pasukan yang berjaya menjuarai acara ini adalah pasukan yang membangunkan aplikasi Jack – The Morale Booster yang dibangunkan oleh 3 orang pelajar daripada Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Aplikasi ini membolehkan ibu bapa atau penjaga menerima SMS sekiranya anak-anak mereka menggunakan telefon ketika waktu belajar yang ditetapkan.

Pasukan di tempat kedua pula hadir dengan aplikasi On-Spot Calorie Trimming Apps (OCTA) yang dibangunkan oleh 3 orang pelajar MRSM Batu Pahat. Aplikasi ini akan mengenal pasti makanan yang telah diambil oleh anda dan seterusnya mencadangkan aktiviti senaman untuk mengurangkan kalori berdasarkan makanan tersebut.

Pasukan yang menduduki tempat ketiga pula telah memperlihatkan aplikasi Exam Companion yang dibangunkan oleh 3 orang pelajar (dari pasukan lain) yang juga dari Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Aplikasi ini membolehkan pelajar mengira Gred Purata Pelajar (GPP) selain membolehkan aplikasi ini memplot graf untuk melihat pencapaian dari semasa ke semasa.

Aplikasi lain yang turut memeriahkan acara hackathon ini antaranya Street Heed dari pasukan MRSM Pasir Tumboh yang membolehkan aplikasi menghantar mesej balas secara automatik apabila sesuatu panggilan atau SMS tiba ke pengguna ketika waktu memandu. Ia akan memberitahu kepada pemanggil atau pengirim SMS tersebut yang anda sedang memandu berserta koordinat semasa.

Satu lagi aplikasi yang dipertandingkan adalah aplikasi Miqa – Your Shooping Experts daripada pasukan MRSM Pontian. Aplikasi ini membolehkan pengguna membandingkan harga sesuatu barang dari pasaraya berlainan disamping memudahkan anda memasukkan barangan yang ingin dibeli ke dalam satu senarai berlainan.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang ini telah disempurnakan oleh CEO MDEC sendiri, Dato’ Yasmin Mahmood dengan menyampaikan hadiah berjumlah RM20,000 untuk setiap tiga pasukan yang berjaya. Para pelajar di dalam setiap tiga pasukan ini juga turut membawa pulang hadiah berupa MacBook Pro 2016 with Touch Bar sebagai kemudahan kepada mereka dalam pembangunan kreatif untuk akan-akan datang.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lGDK08



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.