Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sedia Keluar Waran Tangkap Ke Atas Diplomat Korea Utara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sedia Keluar Waran Tangkap Ke Atas Diplomat Korea Utara

Spread the love

KUALA LUMPUR: Polis Malaysia akan mengeluarkan waran tangkap untuk seorang diplomat Korea Utara yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam jika suspek enggan bekerjasama dengan polis secara sukarela.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat, tempoh yang munasabah akan diberikan kepada diplomat tersebut untuk tampil sebelum polis mengambil tindakan lanjut.

Pada Rabu, pihak berkuasa Malaysia berkata, Setiausaha Kedua di Kedutaan Korea Utara di Malaysia, Hyon Kwang Song, dikehendaki untuk membantu siasatan ke pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Abdul Samah berkata, jika individu yang dikehendaki itu tidak memberi kerjasama, pihaknya akan mengeluarkan notis mengikut undang-undang Malaysia bagi mendesak beliau berbuat demikian.

 “Jika beliau gagal menyerah diri untuk membantu siasatan, kita akan mengambil langkah seterusnya dengan mendapatkan waran tangkap daripada mahkamah,” kata beliau.

Seramai lapan rakyat Korea Utara diburu dalam kes tersebut termasuk Kwang Song.

Seorang daripada mereka telah ditahan manakala empat lagi telah melarikan diri ke Korea Utara dan dua lagi masih berada di Malaysia.

Jong-nam dibunuh pada 13 Februari lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur2 (klia2) menggunakan racun saraf VX yang diklasifikasikan sebagai senjata pemusnah oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dua wanita iaitu rakyat Indonesia dan rakyat Vietnam, ditahan berhubung kes itu.

Menurut polis, seorang daripada suspek wanita itu dipercayai menerima kesan racun kimia itu selepas mengalami muntah-muntah. – REUTERS

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mvt3uS

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.