Makan pakai dia semua saya sediakan rapi, tapi madu dia juga yang dia pandang
Saya mahu luahkan perasaan yang saya alami dan minta pendapat kalian semua, Saya berkenalan dengan seorang lelaki yang sudah pun mempuyai seorang isteri dan tiga orang cahaya mata. Pada awal perkenalan kami, saya selalu kasihankan kisah hidupnya yang ada isteri tetapi tidak dilayan seperti seorang suami dan mak dia pula seorang yang keras kepala dan bercakap besar.
Saya kasihan dan prihatin pada hidup dia kerana tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya daripada seorang isteri dan mak dan semua perkara yang diceritakan itu adalah benar kerana saya sendiri yang pastikan perkara itu. Setiap malam dan setiap waktu, dia akan Whatsapp dan telefon saya. Bini dia di tingkat atas dan sudah tidur seawal jam 9 malam. Setiap hari pun begitu.
Bayangkanlah perasaan dia sebagai seorang suami. Perkara ini berlarutan sehingga berbulan-bulan lamanya. Di sepanjang tempoh itu, sayalah peneman dan pendengar dia yang setia dan timbul perasaan sayang. Untuk pengetahuan, saya tinggal di Terengganu dan dia pula tinggal di Kuala Lumpur bersama anak dan isteri. Kami berjumpa hanya sebulan sekali.
Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk berkahwin kerana tidak suka lagi tinggal berjauhan dan dia mahu saya sentiasa ada di sisi sebagai sebagai seorang isteri tanpa pengetahuan isteri pertama dan anak-anak dia. Selepas dua bulan kami berkahwin, akhirnya dia nekad untuk menceritakan pada isteri dai yang dia telahpun berkahwin satu lagi. Bini dia marah dan mengawal segala tindak tanduk suami serta meminta dia untuk menceraikan saya. Sedangkan masa itu saya masih lagi tinggal di Terengganu.
Tetapi suami nekad untuk mempertahankan rumah tangga kami dengan alasan kerana terlalu sayangkan saya. Kini setelah 6 bulan, perkahwinan yang kami bina bersama bakal musnah. Dia mula tidak berlaku adil, mengabaikan saya, memaki hamun saya serta memukul saya dengan alasan tiada lagi persefahaman dan tidak ada lagi perasaan.
Mungkin dia lupa selamai ini disebabkan kehadiran sayalah isteri dan mak dia telah berubah. Isteri dai mula melayan dia sebagai seorang suami, mula menyediakan air setiap pagi, mula berubah segalanya dan dia sendiri dapat melihat perubahan isteri pertama dia. Dia meminta saya untuk berambus daripada kehidupan dia. Apabila saya persoalkan pada dia kenapa mita saya pergi, apa kurangnya saya sebagai isteri dia selama ini? Dia diamkan diri.
Dia cuma jawab sudah tiada lagi persefahaman dan tidak ada lagi perasaan cinta terhadap saya. Hina saya dia perlakukan sebegini. Saya hanya menitiskan air mata. Sedangkan saya tidak ada kawan untuk diluahkan kerana tinggal di Kuala Lumpur. Saya tidak ada tempat untuk mengadu dan lebih teruk lagi bila dia suruh saya berambus dariapda rumah yang saya tinggal sekarang kerana mengatakan saya tidak layak. Saya takut kalau suami saya kena ubat guna-guna oleh madu saya itu hanya untuk melupakan diri saya.
Malam ini saya akan duduk berbincang dengan suami untuk menanyakan adalak dia masih sayangkan perkahwinan yang dibina ini? Tetapi saya tidak rasa dia masih mahu meneruskan kerana dia sendiri sudah buang saya dari kehidupan dia. Sudah tiga minggu tidak menghubungi saya, Whatsapp saya dia block. Dia sanggup gunakan nombor lain untuk menghubungi madu saya itu.
Sampai hati dia perlakukan saya seperti ini. Kalau dulu dia cukup-cukup menyayangi saya, sekarang tidak ubah seperti orang gaji. Dia rasa mahu balik pada saya, dia balik, kalau tidak sehingga 5-6 dia tidak balik.
Makan pakai dia semua saya sediakan rapi. Tetapi madu dia juga yang dia pandang. Dia tidak menghargai saya langsung. Perkataan sayang dia panggil selama ini juga sudah hilang. Yang tinggal cuma kau dan aku.
Ya Allah, saya tidak sanggup lagi mengharungi semua ini. Tetapi disebabkan sayang, saya paksa diri untuk bertahan. Malam ini adalah penentuan segala-galanya. Saya mahukan jawapan daripada dia. Tolonglah saya, doakan saya kuat untuk mengharungi semua ini.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mvP8tv✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment