TMJ Bakal Jadi Pemain Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT )..!!
KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menjadi salah seorang pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).
Berita terbaru itu diumumkan di laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers (JST) hari ini.
Menurut JST, Tunku Ismail yang juga pemilik JDT akan didaftarkan sebagai pemain pasukan itu apabila jendela perpindahan pemain dibuka Mei ini.
“Ia merupakan sejarah baru dalam negara apabila pemilik kelab didaftarkan sebagai pemain dalam Liga Super Malaysia,” kata laman Facebook berkenaan.
Laman Facebook JST juga turut menyiarkan gambar Tunku Ismail sedang menjalani latihan stamina pemain bola sepak. JDT sebelum ini mengumumkan akan melakukan beberapa perubahan dalam pasukan itu pada Mei ini ekoran prestasi kurang memberangsangkan JDT sejak musim Liga Malaysia 2017 bermula sehingga mengundang kritikan penyokong.
The post TMJ Bakal Jadi Pemain Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT )..!! appeared first on PenMerah.com.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lG7OsJ✍ Sumber : ☕ PenMerah.com
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment