Hi! Welcome Back and Stay Tune! Thinaah, Yew Sin-Wee Kiong cemerlang di final - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Thinaah, Yew Sin-Wee Kiong cemerlang di final

PASANGAN beregu lelaki BAM Tan Wee Kiong (kiri) dan Ong Yew Sin meraikan kejayaan pada Kejohanan Badminton Kebangsaan Celcom-Axiata 2017 di Dewan Seri Perdana Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Azlan Shah, Ulu Kinta hari ini. – Foto BERNAMA

IPOH:  Pasangan bukan pilihan, Ong Yew Sin-Tan Wee Kiong muncul juara acara beregu lelaki pada kejohanan badminton kebangsaan Celcom Axiata 2017 di Dewan Seri Perdana, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Azlan Shah, Ulu Kinta, sebentar tadi.   

Yew Sin-Wee Kiong hanya mengambil masa 37 minit untuk melepasi pasangan pilihan ke-2 kejohanan, Tan Chee Tean-Tan Wee Gieen (BAM ). 

Pasangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu yang menyingkir pilihan utama, Goh Sze Fei- Nur Izzuddin Muhammad Rumsani 21-15, 21-12 semalam, nyata sukar ditandingi dengan merakam kemenangan 22-20, 21-18, sekali gus membawa pulang RM30,000.

Chee Tean-Wee Gieen, gandingan pemain Kedah dan Sabah pula terpaksa berpuas hati dengan berkongsi RM15,000 selaku naib juara.

Terdahulu, M Thinaah muncul juara perseorangan wanita selepas menumpaskan pilihan ke-4 kejohanan, Lim Yin Fun 23-22, 21-8 dalam tempoh 36 minit. 

Dengan kejayaan itu, pemain 19 tahun itu meraih RM14,000 manakala Yin Fun RM7,000.  

Sebelum itu, pasangan pilihan kedua, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie mengalahkan gandingan Chan Peng Soon-Chow Mei Kuan untuk meraih gelaran beregu campuran. 

Peng Soon dan Mei Kuan yang menyingkir pilihan utama, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing di separuh akhir semalam cuba memberi tentangan tetapi gagal menyekat lawan yang menang 21-19,16-21,21-17 dalam pertarungan sengit selama 65 minit. 

Dengan kejayaan itu, Soon Huat dan Shevon masing-masing meraih RM10,000 manakala pasangan naib juara masing-masing  RM5,000. 

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kW5z5M

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.