Siapa sangka lelaki Pakistan jual sampin di Jalan TAR ini ada kelulusan MBA
Perkongsian oleh Tuan Khairul Azri mengenai pengalamannya bertemu pelayan yang juga warga pakistan di sebuah kedai ketika hendak membeli sampin dan songkok. Baca lagi:
SAYA TAK KISAH JADI PENJUAL SAMPIN WALAUPUN SAYA ADA MBA.
____________________
Tadi petang pegi beli sampin dengan songkok dekat Cosmic Silk sebelah Sogo.
Naik tingkat 5, terkesima jumpa pelayan jual sampin muka macam model. Nama Ziyad Ali.
Duduk Malaysia 2 tahun. Bahasa Melayu fluent tebabom.
Macam biasa, aku yang terlebih ‘friendly’ tanya dia dari mana.
Dia jawab Pakistan, Khyber Pakhtunkhwa to be exact.
Aku tanya, apa kelulusan?
Dia jawab MBA. *Dahla hensem pandai pulak tu.*
Aku macam biasala tanya lagi.. apasal ko datang Malaysia?
Pakistan takde kerja ke?
Dia jawab ada je, sebelum sampai Malaysia, dulu dia kerja telco kat sana.Company besar jugak, MNC.
Aku cakap “Then what are you doing here? Dari kerja exec ada MBA jadi jurujual sampin je kat Malaysia?”
Kami berdua gelak besar.
Kemudian dia senyum dan dia jawab,
“2 years ago,back home, in front of my eyes, my best friend got killed from a bomb attack, i decided to get out of the country. This country is the safest for muslim in my opinion, hence I come here”
Aku cakap kat dia, “Tapi orang Malaysia kata negara ni shit country, tak selamat, sampai ayat bersyukur lah Malaysia makin aman jadi benda buat lawak”.
Dia jawab ringkas je,
“BECAUSE THEY DONT KNOW”.
Kami berdua tersenyum.
P/s: Gambar terpaksa crop sebab aku lagi hensem dari dia..lulz.
The post Siapa sangka lelaki Pakistan jual sampin di Jalan TAR ini ada kelulusan MBA appeared first on The Alternatif.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lGGnz2✍ Sumber : ☕ The Alternatif
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment