“Takpe, kan tengah mudahkan keje orang ni, nanti Allah akan mudahkan keje aku pulak”
Perkongsian oleh seorang doktor mengenai pengalamannya ketika bertugas. Baca lagi tulisan daripada pengalaman Alifnunwau Nymous:
CT Scan
“macam mana ni dokter?”
Staf-staf radiology mula tanya aku. Patient aku yang nak buat ct brain (baby 10 bulan) asyik menangis dan tak boleh nak bagi kerjasama untuk duduk diam masa ct scan berlangsung.
Dia akan menangis setiap kali dipisahkan dari mak dia
“Kami tak boleh ni nak buat scan kalau dia bergerak-gerak macam ni”
“Hmm saya dah bagi maximum dose dah ni mida” (ubat pelali dan penenang) -aku
“macam tak jalan je. Dokter tengok la mata dia. Bulat lagi”
Aku tergelak
Tengok baby comel depan aku dengan mata bulat, kepala berbalut tu di sisi mak dia yang pun terbaring atas stretcher.
Baby ni still blurr apa tengah berlaku
“Adikkk. Kenapa taknak tidur ni.. dah setengah jam kita kat sini tau”
Aku cakap ngn baby tu walaupun aku tau dia tak faham aku
Tengok jam, dah pukul 10.15pm. Which sepatutnya shift aku habis jam 10mlm
Mula tak keruan sebab stucked setengah jam kat ct ni.. dan aku dah rasa rumah memanggil-manggil dah
Badan rasa sangat letih, kerja dari 7 pagi sampai 10mlm di ed tu benar-benar membunuh tenaga aku selumat lumatnya.
Lapar dan penat.
Tapi aku cuba pujuk diri aku
Kau tengah mudahkan urusan diorang ni, insyaAllah later Allah akan mudahkan urusan kau
And then the heart a bit relief
Termenung dua saat
“Hmm mak cuba tidurkan dia boleh?”
Si ibu angguk
Kakinya juga cedera, movement dia pun limited
Mereka anak beranak terlibat dalam kemalangan jalanraya
Dan si baby tu mengalami keretakan pada tulang tempurung kepalanya
Kena buat ct scan untuk rule out pendarahan otak
Kami pun bagi masa kat ibu berdua dlm bilik ct scan tu
Padam semua lampu
Kedengaran sayup-sayup si ibu nyanyikan zikir-zikir untuk dodoikan anak
Aku pulak yang mengantuk err
Hati tersentuh
5 minit je, baby dah terlelap
Kuasa seorang ibu..
Lepas je baby terlelap, sambung misi yang masih belum terlaksana
“Boleh ke ni transfer?”
“Boleh kot. Slow2”
Kami cuba untuk move baby ke atas katil ct scan,
Walau dah cuba sehabis baik untuk tak bising, angkat dengan begitu hati2,
Namun akhirnya cubaan gagal
Baby buka mata dan nampak je ramai2 depan dia dan mak takde kat sebelah terus nangis meronta2
Adikkk
Kenapa mida tak berkesan langsung ni
Ubat pelali ni macam tak berkesan langsung untuk tidurkan awakk
Aku pulangkan baby ke mak dia
Nak give up pun ada
Huu hati tak henti-henti pujuk diri, takpe, kan tengah mudahkan keje orang ni, nanti Allah akan mudahkan keje aku pulak
Tup tup,
Akhirnya segala urusan selesai jam 1120mlm which is sejam lepas tu.. dengan bantuan member dan boss sekali yang naik ke ct scan
Habis passover
Aku seret kaki untuk balik
Badan terlalu penat
Tak sabar nak balik rumah
Sampai kereta,
Ujian baru tiba-tiba menimpa.
Betullah ada pepatah sudah jatuh ditimpa tangga
Enjin tak boleh start
Kereta shut down
Masa tu dah rasa nak nangis (ke dah nangis haha)
Dalam hati tisu tu,
Tiba-tiba je aku teringat doa aku masa sejam setengah sangkut kat ct scan tadi
Aku doa Allah mudahkan urusan aku, sebab aku cuba dah mudahkan urusan baby tu dan mak dia
Lalu Allah ‘mudahkan’ aku dengan rosakkan kereta aku
Pada jam 1130 malam yang esoknya aku kerja double shift lagi
Dalam nangis yang tak tau sebab sedih atau penat (atau lapar haha)
Tiba-tiba ada kawan msg, masa aku dah dpt transport balik rumah (pinjam)
“Alhamdulillah it could be worse”
Sebaris ayat yang buatkan aku berfikir dalam..
Boleh jadi je kalau aku balik awal, aku eskiden tengah jalan
Atau kalau kereta aku tak rosak, kereta aku mungkin mati tepi jalan yang sunyi yang lagi taktahu macam mana keselamatan
At least kete aku rosak kat hospital, dan aku manage untuk pinjam transport untuk blk wlpn pd jam 12am.
Kan.
And thats how Allah ‘mudahkan’ urusan aku sebenarnya. Huhu
He sees but we dont
So trust Him no matter what
Dan alhamdulillah juga, dengan insiden ini aku dapat lihat satu kuasa yang tak dapat diterangkan oleh konsep sains
Beyond what medical can explain
Kuasa seorang ibu mendodoikan anaknya – kalah iv midazolam ok
Aku percaya itu adalah kerana cinta itu lahir dari fitrah yang ditanam Dia
Power of love:)
Tapshoulder
Always have faith in Him
Whatever He gives us tu mmg always the best at the moment, specific to each person
Bende simple ni kalau takleh nak sangka baik dgn Allah, macam mana nak sangka baik dlm urusan-urasan yang lebih besar?
U are just a slave, remember
Give your life to Him,
Then all would be fine.
230217
#random
The post “Takpe, kan tengah mudahkan keje orang ni, nanti Allah akan mudahkan keje aku pulak” appeared first on The Alternatif.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kW76ZK✍ Sumber : ☕ The Alternatif
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment