Hi! Welcome Back and Stay Tune! SPRM Tahan 3 Lagi Anggota Tentera - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SPRM Tahan 3 Lagi Anggota Tentera

KUALA LUMPUR: Susulan penahanan dua pegawai dan anggota tentera masing-masing berpangkat Leftenan Kolonel dan Staf Sarjan kelmarin, SPRM telah menangkap tiga lagi anggota tentera yang dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah tersebut semalam.

Kesemua mereka yang berusia lingkungan 33 hingga 43 tahun itu ditahan antara pukul 4.30 petang dan 6.50 petang di Ibu Pejabat SPRM Kuantan ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes terbabit.

Ketiga-tiga suspek merupakan penyelia di kem berasingan iaitu di Kota Bharu, Kuantan dan Kluang.

Majistret Nurunaim Abdullah membenarkan perintah reman selama enam hari terhadap ketiga-tiga suspek bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Menurut sumber siasatan mendapati terdapat penglibatan orang tengah dalam proses kelulusan tender penyelengaraan yang bernilai kurang daripada RM50ribu di kem-kem tentera di beberapa negeri termasuk, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Katanya lagi, modus operandi mereka yang terlibat adalah dengan mendaftarkan beberapa syarikat kontraktor kelas F yang mempunyai lesen sah melalui permohonan tender.

“Kemudiannya pegawai-pegawai tentera yang terlibat dalam proses mengkaji dokumen permohonan dan inden kerja akan meluluskan syarikat-syarikat tersebut,” ujarnya.

Difahamkan, sebanyak lima hingga 10 peratus daripada jumlah keseluruhan bayaran akan diberikan kepada syarikat pemilik lesen yang telah digunakan untuk mendapatkan projek-projek tersebut.

Wang selebihnya akan diberikan kepada orang tengah yang dilantik secara tidak sah untuk menjalankan kerja-kerja penyelengaraan tersebut.

Pegawai-pegawai tentera yang terlibat dalam meluluskan inden kerja tersebut disyaki telah menerima wang rasuah antara RM3,000 dan RM RM4,000 bagi setiap projek yang diluluskan.

Tambah sumber itu lagi, disebabkan perbuatan itu pihak pengurusan Mindef mendapati kerja-kerja penyelengaraan yang dilalukan tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan sehingga menyebabkan kerugian yang besar kepada pihak kerajaan.

“Setiap kali timbul masalah dan menerima aduan daripada pegawai-pegawai yang bertugas di kem-kem tersebut, kerajaan perlu meluluskan satu jumlah wang yang besar untuk melakukan kerja-kerja penyelengaraan,” tambahnya.

Sumber juga berkata, daripada maklumat yang telah dikumpul SPRM mendapati perbuatan salah guna kuasa itu bukan sahaja melibatkan pegawai-pegawai bertugas di zon-zon terbabit tetapi juga pegawai-pegawai dari Mindef sendiri.

“Selepas SPRM melancarkan operasi ini, ramai kontraktor yang sah telah tampil untuk memberikan keterangan untuk membantu siasatan,” ujarnya lagi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Dato Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata pihaknya akan menyiasat perkara tersebut secara mendalam serta meneliti setiap dokumen berhubung projek-projek penyelengaraan yang telah diluluskan sebelum ini.

Beliau juga berkata, SPRM telah menerima banyak aduan berhubung perkara tersebut khususnya pegawai-pegawai yang menggunakan kemudahan yang disediakan di kem-kem tersebut.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lQ073R

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.