Hi! Welcome Back and Stay Tune! 3 Kapal Ditahan Lakukan Kesalahan Di Perairan Johor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

3 Kapal Ditahan Lakukan Kesalahan Di Perairan Johor

Spread the love

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 7 Tanjung Sedili menahan tiga kapal semasa Operasi Perkasa Selatan di perairan Johor Timur baru-baru ini.

Pengarah Maritim Daerah Tanjung Sedili Kapten Maritim Amran Daud berkata satu daripada kapal itu, Iver Ambassador yang berdaftar di Majuro, Republik Kepulauan Marshall, ditahan pada petang Rabu (22 Feb) di kedudukan kira-kira 2.9 batu nautika Tenggara Tanjung Ayam, Kota Tinggi.

“Kapal itu sedang berlabuh di kawasan yang tidak dibenarkan dan gagal memaklumkan ketibaan di perairan Malaysia selain gagal membayar dius api (cukai) yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bagi kesalahan itu, pemilik kapal boleh didakwa mengikut Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan Seksyen 3 Akta Dius Api Persekutuan 1953 kerana berlabuh di kawasan yang tidak dibenarkan, bersauh tanpa kebenaran daripada Pengarah Jabatan Laut serta gagal membayar dius api.

Jika disabit kesalahan, pemilik kapal boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Dua lagi kapal iaitu MT Ruby dan Sun Moon yang didaftarkan di Ulaanbaatar, Mongolia, ditahan pada 4.30 petang dan 5 petang semalam, kira-kira 3.2 batu nautika Selatan Teluk Ramunia, Kota Tinggi.

Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua kapal itu gagal mengemukakan insurans kapal kepada pegawai APMM semasa diminta.

Kedua-dua kapal itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 361(6) Akta A1393 2011 Ordian Perkapalan Saudagar 1952.

“Kapten kapal dan dua kru di ketiga-tiga kapal itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia Tanjung Sedili dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk tindakan lanjut,” katanya.

Amran berkata ini merupakan tangkapan keempat APMM di perairan Johor tahun ini yang membabitkan pelanggaran undang-undang mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.

Menurutnya APMM sentiasa meningkatkan pemantauan ke atas kapal-kapal yang bersauh di perairan ini bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi undang-undang negara. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lkaSbA

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.