Jaguar Dan Shell Menghasilkan Sistem Pembayaran Minyak Terbina Di Dalam Kenderaan
Kenderaan bermotor memerlukan bahan api fosil untuk berfungsi. Beberapa kali seminggu sudah menjadi kebiasaan untuk pergi ke stesen minyak dan membeli api yang semakin hari semakin meningkat harganya. Sudah menjadi kebisaan juga beratur untuk membayar sebelum tangki boleh diisi. Tetapi Jaguar dan Shell merasakan ada cara yang lebih baik untuk mempercepatkan proses ini di masa hadapan.
Mereka memperkenalkan sistem pembayaran minyak secara pantas menerusi sistem InControl yang digunakan di dalam kenderaan mereka. Menerusi sistem ini pengguna hanya perlu ke stesen minyak dan aplikasi Shell akan berhubung dengan pam minyak untuk memulakan proses mengisi minyak. Pembayaran kemudian boleh dilakukan menerusi Apple Pay atau PayPal.
Usai mengisi minyak pemandu hanya perlu menekan satu butang pada paparan skrin InControl untuk melengkapkan transaksi. Sistem ini akan dimulakan di United Kingdom sebelum dikembangkan ke Amerika Syarikat. Kenderaan terkini buatan Jaguar dan Land Rover akan menyokong sistem ini.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lkC4H5✍ Sumber : ☕ Amanz
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment