Hi! Welcome Back and Stay Tune! Liga Perdana: Terengganu tidak kisah menang tipis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Liga Perdana: Terengganu tidak kisah menang tipis

SEPAKAN bola oleh pemain Terengganu, Issey Farran Morgan Nakajima (kiri) cuba dihadang oleh pemain Kuala Lumpur, Bobirjon Akbarov dalam perlawanan 100 Plus Liga Premier 2017 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.- Foto Rozainah Zakaria

KUALA TERENGGANU: Terengganu tidak mahu memikirkan soal kemenangan tipis 2-1 yang dirakamkan ke atas Kuala Lumpur dalam saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Kemenangan yang diraih skuad Penyu itu sekurang-kurangnya memberi suntikan moral kepada pemain selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut sebelum ini.

Penolong Ketua Jurulatih, Mohd Nafuzi Zain, berkata tiga mata penuh yang diraih pasukannya sedikit sebanyak mengubat kekecewaan dua kekalahan di tangan Negeri Sembilan dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC.

Bekas pengendali skuad Piala Presiden T-Team musim lalu itu berkata, pasukannya masih bergelut untuk memperagakan aksi sebenar mereka tatkala kehilangan beberapa tonggak utama.

“Selepas kita mengalami dua kekalahan berturut-turut, pemain kembali bangkit malam ini (malam tadi) memburu kemenangan dan mereka berjaya menyerap segala tekanan dalam perlawanan ini.

“Cuma pemain masih melakukan kesilapan dengan memberikan jaringan mudah kepada pihak lawan dan kelemahan ini yang perlu diperbaiki segera,” katanya selepas perlawanan.

Dalam perlawanan itu, penyerang import kelahiran Argentina, Federico Matias Falcone, membuka jaringan dengan sepakan voley pada minit keempat, namun pelawat mengikat kedudukan menerusi Na’im Nazmi Zainudin pada minit ke-34.

Pada minit ke-52, Turaev Lutfulla menyelamatkan maruah skuad Penyu apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan percuma, yang terus menerjah gawang menewaskan Mohd Ramezey Che Ros.

Sementara itu, Penolong Ketua Jurulatih Kuala Lumpur, Rusdi Suparman, akur dengan kekalahan itu kerana sedar kekuatan yang dimiliki Terengganu.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, mereka hadir ke Kuala Terengganu dengan misi untuk bangkit selepas tewas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya lihat pemain saya sudah berusaha keras menyaingi permainan tapi gol awal yang dijaringkan Terengganu seakan membunuh moral pemain,” katanya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2l9NvjX

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.