Hi! Welcome Back and Stay Tune! Titah Sultan Johor Wajar – Khaled - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Titah Sultan Johor Wajar – Khaled

ISKANDAR PUTERI: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan terdapat kewajaran di sebalik peringatan tegas Sultan Johor terhadap ahli politik luar supaya jangan mencampuri urusan dalaman sehingga boleh mengelirukan dan memecah-belahkan rakyat negeri itu.

Katanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah sedemikian kerana menyedari ada orang luar cuba mengambil kesempatan dalam keadaan negara bakal menghadapi pilihan raya umum.

Menurutnya, ramai akan membawa perkara-perkara dan isu tertentu yang sebenar bukan hendak menyelesaikan masalah tetapi mengelirukan rakyat.

“Kalau katakanlah tiada pilihan raya, tidak mungkin semua perkara ini dibangkitkan…sebab itu Tuanku bertitah sedemikian,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas titah Sultan Ibrahim Khamis lepas, yang mengingatkan bahawa tidak perlu untuk orang luar berlagak pandai atau mengajar apa yang patut dibuat untuk kesejahteraan negeri ini memandangkan rakyatnya telah menikmati hidup yang selesa, aman dan damai.

Dalam titah baginda pada majlis perasmian Galeri Darurat Bukit Kepong, Muar, dekat sini, Sultan Johor turut meminta rakyat Johor agar tidak terpengaruh dengan tipu helah orang luar yang cuba menakut-nakutkan mereka dengan cerita dongeng. — BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kWBdAj

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.