Hi! Welcome Back and Stay Tune! 9 Garis Panduan Baru untuk Peniaga Pasar Ramadhan 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

9 Garis Panduan Baru untuk Peniaga Pasar Ramadhan 2017

Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan satu garis panduan baru untuk para peniaga yang akan beroperasi sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Ini berikutan peningkatan kes keracunan makanan dari tahun 2011 hingga 2015. Sebanyak 279 kes dilaporkan dan 3 daripadanya meninggal dunia setelah memakan makanan tercemar yang dibeli dari pasar Ramadhan.

pasar ramadhan memang sentiasa ramai orang

Tahun ini, memandangkan bulan Ramadhan bakal menjelma, bazaar yang dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan akan mula dibuka pada hujung bulan Mei sehingga Jun. Peniaga-peniaga berdaftar perlulah memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi:

air yang dijual pelbagai warna menggiurkan pada bulan puasa 216

#1 Lokasi gerai adalah sekurang-kurangnya 2km daripada ladang haiwan atau tanaman. Ini untuk mengelakkan makanan tercemar kesan daripada penggunaan racun perosak dan serangga yang boleh hinggap pada makanan.

#2 Lokasi gerai tidak berada berhampiran dengan kawasan perindustrian ataupun tapak pembinaan – juga untuk mengelakkan pencemaran.

#3 Tapak Bazaar Ramadhan dibina atas jalan berturap dan bukan pada kawasan berumput.

#4 Kawasan tidak berisiko untuk dicemari oleh burung dan najis burung.

#5 Peniaga mesti menjual makanan dalam masa EMPAT jam selepas dimasak/disediakan.

#6 Makanan perlu disimpan dan dijual pada suhu bilik.

#7 Makanan tidak boleh dibiarkan terdedah

#8 Pihak majlis perbandaran perlu memastikan tandas berdekatan adalah bersih, tidak rosak dan terjaga.

#9 Tandas awam di pasar Ramadhan perlu mempunyai sabun dan paip air.

roti john antara menu yang popular semasa bulan ramadhan

Pihak Kementerian Kesihatan akan membuat lawatan mengejut untuk mengambil sampel makanan dari bazaar yang pernah dilaporkan mempunyai kes-kes keracunan makanan sebelum ini.

Harap semua peniaga mematuhi garis panduan ini. Berniaga ini sebenarnya memerlukan keikhlasan yang tinggi, kena sentiasa jaga kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual. Jangan mengharapkan untung semata-mata.

keracunan makanan menyebabkan anda muntah teruk dan cirit birit

Pembeli yang mengunjungi pasar Ramadhan pun boleh sama-sama memainkan peranan dengan menjaga kebersihan persekitaran bazaar. Janganlah membuang sampah merata-rata. Kalau ada nampak sampah, tolonglah kutip. Tak salah pun.

Tapi yang paling penting, jangan membazir ketika membeli juadah berbuka puasa. Kalau syaitan dah tak ada, janganlah anda pulak nak take over tempat syaitan sebab suka membazir.

Tak sabar nak beli ayam golek, murtabak, kuih tepung pelita dengan air tebu. Anda suka beli apa kat pasar Ramadhan?

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kWeFj8

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.