Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyokong Pulau Pinang Desak Westwood Berundur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyokong Pulau Pinang Desak Westwood Berundur

MOHAMAD KHIR MOHD. NOR (kanan) bersama ahli Gabungan Penyokong PULAU PINANG 24 Feb. – Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) menerima tekanan daripada penyokongnya sendiri menjelang pertemuan Liga Super menentang Kedah esok selepas sekumpulan peminat hari ini menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng agar campur tangan dalam pentadbiran FAP yang disifatkan gagal.

Skuad Harimau Kumbang memulakan musim 2017 dengan lima kekalahan berturut-turut untuk menghuni anak tangga tercorot Liga Super.

Malah, anak-anak buah Ashley Westwood hanya menjaringkan gol pertama mereka musim ini ketika dibelasah 1-6 oleh Pahang dalam aksi terakhir liga minggu lalu.

Wakil Kelab Gabungan Penyokong Pulau Pinang, Mohamad Khir Mohd. Nor berkata, mereka tidak mampu lagi melihat pasukan itu terus dimalukan hanya kerana FAP yang dipimpin Zairil Khir Johari telah membuat beberapa keputusan kurang tepat.

“Antara yang dipertikaikan oleh kami ialah pembelian dua pemain import yang hingga kini tidak menunjukkan kualiti, malah pemain tempatan lebih menonjol.<

“Pada masa sama, kami mendesak ketua jurulatih Ashley Westwood berundur kerana sejak dia mengambil alih, suasana tidak harmoni berlaku dalam kem Pulau Pinang,” katanya.

Terdahulu, kumpulan ber­kenaan menyerahkan memorandum kepada Pegawai Penerangan Kerajaan DAP Pulau Pinang, Zahar Zainul yang mewakili Guan Eng di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini.

Kumpulan penyokong tersebut turut membawa kain rentang bertulis “Westwood, Get Out From Penang FA”.

Pulau Pinang yang terselamat daripada tersingkir ke Liga Perdana musim lalu tewas 0-2 kepada Selangor, diikuti 0-1 kepada T-Team, 0-1 kepada Perak sebelum dimalukan di hadapan penyokong sendiri oleh Sarawak dengan keputusan 0-1.

Minggu lalu skuad berkenaan tewas dengan jaringan besar 6-1 kepada Pahang di tempat lawan, sekali gus meningkatkan keresahan penyokong setia mereka.

Untuk merungkai segala permasalahan yang melanda pasukan, kelab gabungan penyokong turut meminta FAP mengadakan pertemuan dengan mereka dan memberi penjelasan sewajarnya.

“Sekiranya FAP terus berdiam diri, kami akan memboikot perlawanan membabitkan pasukan negeri di tempat sendiri atau stadium lawan,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pemain utama skuad berkenaan yang dihubungi Utusan Malaysia untuk mendapatkan komen menjelang pertemuan malam esok menjelaskan, dia dan rakan sepasukan tidak dibenarkan berbuat demikian.

Pemain itu berkata, sebelum memberi kenyataan, mereka perlu mendapat kebenaran FAP terlebih dahulu.

Comments

comments

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lkj37F

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.