Rihanna Terima Anugerah Kemanusiaan Universiti Harvard
Spread the love
TAHNIAH diucapkan kepada pelantun lagu Umbrella, Rihanna yang dikhabarkan bakal menerima anugerah kemanusiaan daripada universiti terkemuka dunia iaitu Universiti Harvard.
Menurut sebuah portal hiburan antarabangsa, acara penganugerahan itu akan berlangsung pada 28 Februari ini bertempat di Harvard’s Sanders Theatre.
Tambah laman itu lagi, Anugerah Kemanusiaan Peter J. Gomes itu diberikan kepada Rihanna atas usahanya dalam kerja-kerja kebajikan yang dilakukan di seluruh dunia.
Ketua Yayasan Harvard, Dr. S. Allen Counter memuji usaha murni yang dilakukan oleh selebriti itu.
“Rihanna telah bermurah hati membina pusat berteknologi tinggi untuk kajian onkologi dan perubatan nuklear bagi mendiagnosis dan merawat kanser payudara di Hospital Queen Elizabeth di Bridgetown, Barbados,” katanya.
Penyanyi berusia 29 tahun itu pernah melancarkan Program Yayasan Biasiswa Clara dan Lionel untuk pelajar-pelajar yang berasal daripada Carribean untuk melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat.
Selain itu, Rihanna juga menyokong Global Partnership for Education and Global Citizen Project yang bertujuan memberikan peluang kepada kanak-kanak di 60 buah negara membangun mendapat pendidikan.
Sebelum ini, beberapa nama besar pernah menerima anugerah sama seperti Kofi Annan, Arthur Ashe, Ruby Dee, James Earl Jones, Tommy Hilfiger, Lionel Richie, Sharon Stone, Desmond Tutu dan Malala Yousafzai. -MYNEWSHUB.CC
Sumber: mstar online
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment