Hi! Welcome Back and Stay Tune! F1: Jentera baharu Ferrari mampu cabar Mercedes - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

F1: Jentera baharu Ferrari mampu cabar Mercedes

ROME: Ferrari melancarkan jentera baharu Formula Satu (F1) pasukan itu semalam, yang dikatakan lebih pantas dan mengancam dalam usaha membantu Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonen mengekang dominasi Mercedes, musim ini.

Pasukan dari Itali itu bergelut musim lalu apabila menamatkan saingan di belakang Mercedes dan Red Bull dalam perebutan kejuaraan pengeluar dunia.

Ferrari yang dianggap gergasi dalam F1 tidak pernah memenangi gelaran juara dunia pelumba sejak lebih sedekad lalu selepas kali terakhir dirangkul Raikkonen pada 2007.

Selepas menguji jentera baharu itu di pangkalan Ferrari di Maranello, Raikkonen berkata: “Kami tidak menguji kelajuan jentera ini sepenuhnya dalam beberapa pusingan awal tetapi kereta itu nampaknya baik.

“Ia hanya sentuhan pertama, kami perlukan beberapa lagi pusingan namun kerjanya hanya akan bermula ketika sesi ujian di Barcelona.”

Sesi ujian rasmi pra-musim F1 semalam empat hari dijadual bermula pada Isnin ini di Litar Catalunya, Barcelona sebelum sesi kedua dijalankan pada minggu berikutnya.

“Saya suka dengan bentuk jentera baharu ini, ia amat berbeza dengan tahun lalu disebabkan oleh beberapa peraturan baharu,” kata pelumba kelahiran Finland itu.

Diberi nama `SF70′ sebagai rujukan 70 tahun Ferrari menyertai perlumbaan berkenaan, jentera itu didominasi warna merah dan hitam selain beberapa perubahan susulan perubahan peraturan yang menyasarkan lebih kelajuan.

SF70 adalah model ke-63 Ferrari dalam perlumbaan elit berkenaan dan ia memiliki lebih aerodinamik serta lebih cengkaman mekanikal atas tayar Pirelli yang lebih luas bagi meningkat cengkaman ketika melalui selekoh pantas.

Muncung hadapannya yang lebih panjang dan sayap seperti anak panah turut berkait rapat dengan perubahan peraturan serta ditambah dengan sirip yang diwarnakan putih bagi melindungi enjin.

Ia memiliki muncung yang lebih lebar berbanding jentera baharu Mercedes, W08 yang dilancarkan di Silverstone, England oleh Lewis Hamilton, kelmarin.

Vettel dan Raikkonen masing-masing menamatkan saingan 2016 di kedudukan keempat dan keenam dengan Ferrari berada di tangga ketiga kategori pengeluar. – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lEQy7a

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.