Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes Jong Nam: Korea Utara Patut Terima Kasih, Bukan Keruhkan Keadaan – Penganalisis Politik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes Jong Nam: Korea Utara Patut Terima Kasih, Bukan Keruhkan Keadaan – Penganalisis Politik

KUALA LUMPUR: Nama Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, mungkin tidak dikenali ramai di Malaysia sebelum ini.

Secara tiba-tiba nama Kim Jong Nam atau Kim Chol menjadi sebutan dunia apabila lelaki berusia 46 tahun itu mati diracun ketika menunggu penerbangan ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), 13 Februari lepas.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, dua wanita menghampirinya dan menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang telah disembur dengan cecair beracun.

Jong Nam meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan di balai berlepas dan segera dihantar ke klinik KLIA2 sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya.

Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Berita kematian dan setiap perkembangan siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi tajuk utama media tempatan dan antarabangsa yang menyiarkan laporan daripada pelbagai sudut setiap hari ini.

Spekulasi mula berlegar mengenai motif pembunuhan apabila laporan media antarabangsa mendakwa Jong-nam, yang hidup terasing daripada abangnya, Jong Un, dibunuh oleh ejen-ejen Korea Utara.

Selepas 11 hari, PDRM mengesahkan bahan kimia berbahaya, Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate atau Agen Saraf VX digunakan dalam pembunuhan Jong Nam.

PDRM sebelum ini telah menahan dua suspek wanita yang kini direman iaitu Siti Aisyah, 25, pemegang pasport Indonesia dan Doan Thi Huong, 28, wanita yang menggunakan pasport Vietnam.

Selain itu, polis turut menahan seorang lelaki rakyat Malaysia dan seorang lelaki warga Korea Utara untuk membantu siasatan.

Kecekapan PDRM menahan suspek dan memburu beberapa lagi suspek ‘tidak dihargai’ oleh pihak kedutaan Korea Utara di Malaysia apabila menolak laporan bedah siasat kematian Jong-nam serta menuntut mayatnya dilepaskan segera.

Selain itu, pihak kedutaan itu menuntut kerjasama pihak berkuasa Malaysia menerusi siasatan bersama dengan PDRM berhubung kematian lelaki itu.

Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol, malah menuduh kononnya Malaysia bersengkongkol dengan musuh Pyongyang dalam kes pembunuhan itu.

Mengulas keberangan Korea Utara itu, penganalisis politik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, berkata tindakan pihak kedutaan itu tidak akan membantu melancarkan siasatan polis malah akan menyebabkan keadaan menjadi lebih rumit.

Sebaliknya, katanya, Korea Utara patut berterima kasih atas kecekapan PDRM melakukan tangkapan dan mengenal pasti senjata yang digunakan terhadap mangsa.

“Sekiranya tidak berpuas hati atau mempertikaikan siasatan polis Malaysia, maka Korea Utara perlu guna saluran diplomatik secara bijaksana dan bukannya mengeruhkan lagi suasana,” katanya kepada Bernama di sini.

Pensyarah Universiti Malaya itu berkata siasatan kes kematian itu melibatkan nama baik Malaysia dan sekiranya kes tidak disiasat secara telus ia memburukkan imej Malaysia di mata antarabangsa.

Awang Azman berkata pihak Korea Utara masih mempunyai saluran yang sah untuk mempertikaikan siasatan polis termasuk proses perundangan mahkamah di Malaysia untuk menyaman segala ketidakpuasan hati mereka.

Menurutnya, apa yang dilakukan oleh PDRM adalah berdasarkan undang-undang yang sedia ada di negara ini untuk memelihara kesejahteraan dan keamanan rakyat termasuk juga rakyat asing yang berada di negara ini.

Awang Azman berkata Malaysia telahpun menjalin hubungan diplomatik selama 44 tahun dengan Korea Utara sejak 30 Jun 1973.

Justeru, katanya, kedua-dua pihak perlu duduk berbincang menyelesaikan kes ini secara bijaksana dan tidak terlalu kerap berkonflik menggunakan media masing-masing.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan PDRM akan mematuhi protokol antarabangsa dalam menjalankan siasatan kes tersebut yang turut melibatkan Setiausaha Kedua, Kedutaan Korea Utara, Hyon Kwang Song, bagi membantu siasatan kes pembunuhan Jong Nam.

Katanya, seorang lagi suspek yang diburu polis ialah pekerja syarikat penerbangan Korea Utara (Koryo Air), yang dikenali sebagai Kim Uk Il, 37.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lFsiSB

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.