Hi! Welcome Back and Stay Tune! 7 Remaja Ditahan Cuba Sertai Himpunan Haram - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

7 Remaja Ditahan Cuba Sertai Himpunan Haram

Spread the love

JOHOR BAHRU – Tujuh remaja lelaki ditahan kerana disyaki cuba menyertai perhimpunan haram yang dijadual diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Perhimpunan itu yang turut tular dalam Facebook baru-baru ini diadakan sebagai menyokong agenda kumpulan berbasikal yang mempertikaikan tindakan pihak polis yang kononnya mahu melindungi pemandu wanita yang mengakibatkan lapan remaja maut di Jalan Lingkaran Dalam pada 18 Feb lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata penangkapan suspek adalah hasil intipan serta pemantauan pihaknya di kawasan berkenaan.

“Lebih kurang pukul 9.10 pagi ini, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) membuat rondaan di Jalan Kolam Ayer dan ternampak sekumpulan remaja berbasikal menghala ke arah restoran McDonald.

“Merasa curiga, pasukan itu mengekori mereka dari belakang dan membuat pemerhatian dan intipan sebelum akhirnya menahan ketujuh remaja berkenaan yang berusia antara 16 dan 23 tahun di hadapan sebuah restoran makanan segera terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Sulaiman, kesemua remaja tersebut kemudiannya dibawa ke Balai Polis Trafik JBS untuk siasatan, namun dibebaskan pada pukul 4.20 petang setelah polis memberi nasihat akan risiko perbuatan mereka yang boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Sebanyak enam saman turut dikeluarkan ke atas mereka di bawah Peraturan 42(1) LN kerana mengubah suai basikal.

“Jika sabit kesalahannya, hukuman denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan. Tangkapan dan sitaan basikal juga telah dibuat di bawah Seksyen 112 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Dalam kemalangan berbasikal itu, lapan remaja maut manakala dua dalam keadaan kritikal sementara enam yang lain cedera apabila dilapor dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita dalam kejadian kira-kira 3 pagi. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kWtDFV

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.