Svitolina dapat undian mudah Terbuka Malaysia
PEMAIN tenis ranking ke-13 dunia, Elina Svitolina. – Foto AFP
KUALA LUMPUR: Pemain tenis ranking ke-13 dunia, Elina Svitolina mampu menjadi pemain pertama mempertahankan gelaran perseorangan wanita ALYA WTA Terbuka Malaysia di TPC Kuala Lumpur yang bermula Isnin ini.
Pada majlis undian hari ini, pemain Ukraine itu dijangka tidak berdepan masalah besar mara ke separuh akhir apabila membuka kempennya menentang pemain daripada pusingan kelayakan diikuti Nao Hibino dari Jepun di pusingan kedua.
Seandainya melepasi dua halangan awal itu, Svitolina, 22, dijangka berdepan sedikit kesukaran di suku akhir apabila berkemungkinan menentang bekas juara, Hsieh Su Wei dari Taiwan atau pilihan ketujuh, Elise Mertens dari Belgium.
Kecuali berlaku kejutan, Svitolina dan pemain ranking ke-57, Peng Shuai dari China dijangka bertembung di separuh akhir.
Sementara itu, pilihan kedua, Carla Suarez Navarro dari Sepanyol akan berdepan pemain daripada pusingan kelayakan di pusingan pertama dan dijangka menghadapi pilihan ketiga, Carolina Garcia dari Perancis di separuh akhir.
Pengarah kejohanan, Keld Kristiansen berkata, beliau menjangkakan minggu tenis yang menarik dan menjelaskan barisan pemain yang menyertai Terbuka Malaysia kali ini adalah yang paling kuat dalam sejarah pertandingan itu.
“Ada beberapa penarikan diri tetapi ini adalah biasa dalam kejohanan berikutan tuntutan fizikal yang tinggi untuk sukan ini.
“Lapan pemain pilihan ada kali ini. Peminat akan dipamerkan dengan tenis kelas dunia dan saya yakin ia akan menjadi kejohanan yang hebat,” katanya.
Pemain terkenal lain yang mengambil bahagian adalah pilihan kelima, Duan Ying Ying dan pilihan keenam, Wang Qiang dari China serta pilihan kelapan dari Turki, Cagla Buyukakcay. – BERNAMA
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lUNntf✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment