Hi! Welcome Back and Stay Tune! TMJ tak kisah 'dikasari' atas padang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TMJ tak kisah 'dikasari' atas padang

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim. – Foto Hairul Anuar Abd Rahim

KUALA LUMPUR: Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan keputusan untuk mendaftarkan namanya sebagai pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah untuk mencabar kemampuan dirinya sendiri.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berkata demikian dalam satu wawancara yang disiarkan menerusi akaun rasmi kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Johor Southern Tigers yang disiarkan hari ini.

Pemilik JDT itu berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau serius akan didaftarkan sebagai pemain menjelang jendela perpindahan pemain pada bulan Mei ini.

Berikut wawancara penuh berkenaan:

Wartawan : Assalamualaikum. Ampun Tunku. Adakah serius yang Tunku akan didaftarkan sebagai pemain untuk jendela perpindahan pemain pada bulan Mei ini?

TMJ : Saya dah mencapai pelbagai kejayaan dalam hidup saya. Saya telah mengetuai perbarisan berkuda pada perarakan Hari Kemerdekaan India, saya adalah Airborne dan Special Forces, memenangi 42 kejuaraan Sukan Polo di Australia, India, England, Argentina, Malaysia dan Singapura serta memenangi dua kejuaraan polo peringkat tertinggi di Kejohanan Metro Open, Argentina dan macam-macam lagi. Jadi kali ini saya ingin mencabar diri saya sendiri, mungkin menandatangani kontrak selama 6 bulan.

Kita tunggu dan lihatlah nanti. Jika dapat masuk bermain seminit dua sebelum perlawanan tamat pun sudah memadai. Dapat juga saya merasa memakai jersi JDT.

TMJ : Lagipun, saya yang mempunyai 42 kejuaraan Polo di seluruh dunia tidak di senaraikan untuk bermain di Sukan Sea tetapi individu yang tidak pernah menang pertandingan Polo dan tidak pandai bermain sukan Polo boleh bermain di Sukan Sea, takkan saya pula tidak boleh bermain di Liga Super?

Wartawan : Bagaimana kalau ada yang ingin mengasari Tunku di atas padang?

TMJ : Awak tanyalah kepada seluruh rakyat Johor ketika saya bermain untuk Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) dahulu, berapa ramai yang telah mengasari dan menendang kaki saya. Saya tiada masalah. Saya ‘sporting’. Tetapi jangan lupa, saya juga boleh mengasari mereka. Haha..

Wartawan : Terima kasih Tunku.

TMJ : Sama-sama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lQ90Kv

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.