Mohd Suffian ditagih jaga gawang skuad Terengganu
KUALA TERENGGANU: Skuad Terengganu terpaksa mendaftarkan Mohd Suffian Abdul Rahman untuk menjaga gawang selepas kehilangan dua penjaga gawang utamanya akibat kecederaan ketika ini.
Khidmat Mohd Suffian yang juga bekas penjaga gol FELDA United musim lalu diperlukan selepas Amierul Hakimi Awang mengalami kecederaan lutut yang memaksa dia direhatkan tiga minggu.
Sebelum ini, Terengganu kehilangan penjaga gol utamanya, Mohd Sarbinee Allawe Ramli yang kini direhatkan akibat masalah kesihatan.
Penolong ketua jurulatih, Mohd Nafuzi Zain, berkata pihaknya terpaksa mendapatkan khidmat Mohd Suffian kerana hanya memiliki seorang penjaga gol ketiga, Muhammad Syazwan Yusoff.
Bekas pengendali skuad Piala Presiden T-Team musim lalu itu berkata, pihaknya juga terpaksa mengambil penjaga gol dari skuad Piala Presiden Terengganu, Mohd Farzly Muhammad ketika bertemu Kuala Lumpur, kelmarin.
“Kita kini dalam proses membuat pendaftaran Mohd Suffian bagi membolehkannya beraksi dengan Terengganu dan jika semuanya selesai akan bersama pasukan untuk perlawanan dengan Perlis, Selasa ini.
“Kita memilih Mohd Suffian kerana yakin dengan pengalaman luas yang dimiliki dan faktor umur tidak menjadi masalah besar membantu Terengganu,” katanya selepas menyaksikan skuad Penyu meraih kemenangan 2-1 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.
Ditanya kedudukan Mohd Sarbinee, bekas pemain Terengganu dan kebangsaan itu berkata khidmat penjaga gol berusia 31 tahun itu masih diperlukan dan belum digugurkan.
“Bukan bermakna kita mengambil Mohd Suffian, kita menggugurkan Mohd Sarbinee. Masalah sekarang kita tidak ada pilihan kerana hanya tinggal Muhammad Syazwan mengawal benteng terakhir pasukan,” katanya.
Mohd Suffian memiliki pengalaman luas dalam Liga Malaysia (Liga M) mewakili Negeri Sembilan pada 1999-2005, Melaka Telekom (2005-2007), Selangor (2007-2008), Kuala Muda NAZA FC (2009), Sarawak (2010), Pahang (2011) FELDA United (2012), Sime Darby FC (2013-2015) dan FELDA United (2016).
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lGeTJR✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment