Doktor ini jimat lebih RM10,000 setahun dengan hanya menunggang motosikal ke tempat kerja
Besar sangat ke gaji doktor?
1. Kenderaan
Hampir empat bulan saya berulang alik dari rumah ke hospital dengan motosikal. Jaraknya lebih kurang 10 kilometer. Kadang-kadang terpaksa berhenti di tepi jalan untuk pakai baju hujan. Maklumlah musim tengkujuh, boleh dikatakan setiap hari hujan.
Pernah sekali MO menyapa, “Rumah kau kat mana? Semalam aku nampak kau naik motor, balik kerja.”
“Rumah di Gong Badak,” jawab saya.
“Tak sejuk ke naik motor, waktu hujan?” soalnya lagi.
“Dah biasa,” dalam hati kecil menjawab, dengan naik motosikallah saya dapat menyimpan.
Jom kita buat kira-kira beza naik motor dan kereta.
Motosikal (kos setahun)
Ansuran: RM1,800 (RM150/sebulan)
Petrol: RM 360 (RM30/sebulan)
Servis: RM360 (RM30/sebulan)
Roadtax: RM30
Jumlah setahun: RM2,250
Kereta myvi (kos setahun)
Ansuran: RM6,600 (RM550/sebulan)
Petrol: RM2,400 RM(200/sebulan)
Servis: RM750/setahun
Roadtax: RM770/setahun
Tol: RM1,560 (RM130/sebulan)
Lain-lain: RM240/setahun
Jumlah setahun: RM12,320
*Kiraan tol untuk negeri tertentu
Anda boleh jimat RM10,070 setahun jika anda rela berpanas dan berhujan dengan menggunakan motosikal. Nak lebih jimat, pinjam motosikal ayah atau beli motosikal secondhand secara tunai.
Jika anda sangat-sangat memerlukan kereta, belilah kereta yang tidak terlalu membebankan anda. Berapa harga kereta yang sesuai?
Gaji sebulan x 12 bulan
RM4,600 x 12 = RM55,200
2. Bekal
Beberapa kali saya ditegur jururawat. “Doktor memang tiap-tiap hari bawa bekal ke?”
“Ye kak, bekal simple-simple saja. Janji tak lapar,” jawab saya.
“Jarang dah sekarang saya nampak orang banyak bekal macam doktor,” katanya lagi.
Mindset penjawat awam lebih suka makan di kedai atau bungkus makanan. Padahal kalau bawa bekal. anda boleh berjimat hampir RM200-RM300 sebulan kalau anda rela bersusah sikit untuk sediakan bekal. Lagipun makanan di kedai belum terjamin kebersihannya.
3. Tempat tinggal
Sebelum memilih hospital mana perlu bertugas (khas untuk HO), anda perlu merancang di mana anda hendak tinggal. Sebaiknya pilihlah hospital yang paling hampir dengan rumah anda. Anda boleh jimat hampir RM500-600 sebulan jika tidak menyewa.
Kesimpulan
Status sebagai doktor bukan bermakna anda mesti berkereta mewah, berpakaian jenama mahal, makan di kedai hipster, ada iPhone 7S, tinggal di kondominum, sering melancong ke luar negara kerana hakikatnya gaji doktor tak banyak mana pun.
Kalau tidak pandai merancang, tak sampai hujung bulan pun dah pokai. Dah bekerja bertahun-tahun pun masih tidak mampu beli rumah duit gaji cukup bayar kereta dan perbelanjaan bulanan.
Jangan terperdaya dengan status! Berbelanjalah di bawah kemampuan anda, bukan berbelanja mengikut kemampuan. Mudah kata, gaji doktor tapi berbelanja seperti orang Bangladesh! Haha!
Jika sudah berkahwin, sebaiknya anda duduk berbincang dengan isteri anda tentang halatuju perancangan kewangan dan ‘exit plan’. Tanpa sokongan isteri anda, sangat sukar untuk anda mencapai hasrat anda.
Terima kasih kepada Ummu Umar yang selama ini menyokong penuh dan rela mengikat perut bersama.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kW357z✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment