Hi! Welcome Back and Stay Tune! 4 Pengedar Dadah Termasuk 2 Wanita Ditahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

4 Pengedar Dadah Termasuk 2 Wanita Ditahan

Spread the love

BUKIT MERTAJAM – Empat individu termasuk dua wanita dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kubang Ulu, Kubang Semang, di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis menyerbu rumah itu dan menahan mereka berusia 31 hingga 34 tahun berkenaan.

“Hasil pemeriksaan polis menemui 15 paket berisi dadah jenis heroin seberat 40 gram yang disembunyikan dalam sebuah beg uncang. Siasatan awal mendapati mereka yang ditahan itu merupakan pengedar dadah di sekitar daerah SPT,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata mereka dipercayai mendapatkan bekalan dadah dari sindiket sebelum membungkus semula dalam kuantiti kecil dan menjual kepada pembeli di sekitar daerah SPT.

Katanya, siasatan juga mendapati semua mereka yang positif dadah dan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah serta seorang daripadanya turut mempunyai enam rekod jenayah.

Katanya, empat individu yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis juga sedang mengesan beberapa lagi anggota sindiket pengedaran dadah itu bagi siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, polis menahan seorang penganggur kerana mencuri satu mesin kimpalan bersama tong gas bernilai kira-kira RM6,000 dari sebuah sekolah menengah agama di Guar Perahu, di sini baru-baru ini.

Katanya, lelaki berusia 20 tahun itu ditahan pada Khamis di Jalan Usaha Niaga, di sini dan merampas semula mesin kimpalan berkenaan yang dipercayai disembunyi di sebuah rumah sebelum dijual kepada pembeli.

“Mesin milik seorang kontraktor itu disimpan dalam sebuah stor di sekolah berkenaan kerana sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan di situ sebelum mangsa menyedari ia hilang dan membuat laporan polis,” katanya.

Lelaki yang ditahan itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat Seksyen 457 Kanun Keseksaan, katanya. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lFEgtT

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.