Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada Bom Dalam Kereta Ditinggal Semasa LTdL – Polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada Bom Dalam Kereta Ditinggal Semasa LTdL – Polis

Spread the love

SERI ISKANDAR – Tiada bom atau bahan kimia ditemukan di dalam sebuah kereta yang ditinggalkan seorang lelaki di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Bota Kiri di sini, kata Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Zainal Abdullah.

Beliau berkata pemeriksaan oleh sebuah robot milik Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia dari Bukit Aman hanya menemukan sebilah parang dalam kereta jenis Mercedez Benz itu.

“Semasa kejadian anggota polis bertugas yang menjaga laluan perlumbaan Le Tour De Langkawi (LTdl) melihat sebuah kereta berhenti di simpang lampu isyarat sebelum ternampak seorang lelaki keluar dari kereta itu.

“Lelaki berkenaan kemudiannya menjerit terdapat bom di dalam keretanya sebelum dia melarikan diri menaiki kereta rakannya,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Tambahnya kereta tersebut yang tidak mempunyai nombor pendaftaran di bahagian hadapan serta belakang telah ditunda ke Ibu Pejabat Daerah Perak Tengah untuk siasatan lanjut kira-kira pukul 7.40 malam ini.

Mohamad Zainal berkata suspek berkenaan yang merupakan penduduk tempatan telah menyerah diri kepada pihak polis di lokasi insiden kira-kira satu jam selepas kejadian.

Katanya siasatan awal mendapati suspek mepunyai dua rekod lampau masing-masing melibatkan kes dadah serta curi kenderaan dan telah ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah.

Beliau berkata lokasi insiden merupakan laluan LTdl peringkat keempat yang bermula di Manjung dan kejadian berkenaan terjadi kira-kira 15 minit selepas kumpulan pelumba terakhir melalui kawasan tersebut.

“Suspek dipercayai mengekori pelumba LTdl dari jarak jauh namun motif sebenar kejadian masih lagi disiasat,” katanya.

Pemeriksaan oleh robot yang dibawa ke lokasi kejadian kira-kira pada pukul 4.30 petang turut mengambil masa selama hampir dua jam dan memaksa laluan ditutup kira-kira dua jam bermula pada pukul 5 petang untuk memastikan keselamatan orang ramai. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kWC2Jo

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.