Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sari Yanti, Jep Sepahtu bernikah pagi ini dalam majlis tertutup - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sari Yanti, Jep Sepahtu bernikah pagi ini dalam majlis tertutup

KUALA LUMPUR: Khabar angin tentang keakraban hubungan antara pelakon Sari Yanti dan pelawak Jep Sepahtu akhirnya terjawab dengan penuh cerita gembira apabila kedua-duanya disatukan dalam satu majlis pernikahan di Petaling Jaya hari ini.

Majlis yang mengejutkan dunia hiburan dan peminat mereka itu berlangsung secara tertutup di Dewan Mercu Mustapha Kamal di sini pagi tadi, lapor Astro Gempak.

Selain petugas media tidak diberi kelepasan untuk mengikuti perjalanan majlis itu, difahamkan tetamu juga dilarang memuat naik foto berkaitan majlis tersebut ke media sosial.

Foto pernikahan dari akaun Instagram Jep Sepahtu.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin sebelum ini pernah membuat pengakuan bahawa dia bersedia menerima Sari Yanti sebagai teman hidup jika ditakdirkan jodoh antara mereka.

Sari Yanti pula memberi beberapa petunjuk melalui akaun Instagramnya, yang mengucapkan kata-kata pujian yang bersifat mesra kepada pelawak popular itu.

Ia adalah perkahwinan kedua pelakon rupawan yang terkenal dengan drama Kisah Kaisara itu, selepas berpisah dengan bekas suaminya pada 11 Disember 2014.

Selain dihadiri keluarga dekat, majlis tersebut turut dihadiri rakan-rakan artis pasangan selebriti berkenaan seperti Angah Raja Lawak, Nazim Othman, Syazwan Zulkifly dan Abby Fana.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2l9MdFE

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.