Pembukaan Pusat Sehenti Visa Kelima Di China
Spread the love
KUALA LUMPUR – Kerajaan meluluskan pembukaan sebuah pusat pemprosesan visa di Xiamen di China dalam usaha menggalakkan kemasukan sekurang-kurangnya sejuta pelancong dari daerah Fujian tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan mengarahkan Jabatan Imigresen dan vendor berkaitan untuk menguruskan pembukaan pusat berkenaan.
“Saya harap apabila usaha ini dilakukan ia tak disalahgunakan. Kita tak akan kompromi dari segi keselamatan dan kesejahteraan sosial di Malaysia,” katanya pada perasmian pameran pelancongan anjuran Persatuan Pelancongan Dalam Negeri Malaysia (MITA) di sini, hari ini.
Menteri Dalam Negeri itu memberi jaminan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang didapati menyalahgunakan visa.
Sementara itu, Ahmad Zahid mencabar penganjur acara itu untuk menarik sekurang-kurangnya 1,000 pempamer pada tahun depan.
“Kerajaan mahu menyumbang RM1 juta bagi pameran MITA tahun depan tetapi anda perlu memanfaatkan bajet itu (dengan baik) dan mendapatkan lebih banyak pempamer untuk turut serta,” katanya.
Ahmad Zahid seterusnya berkata beliau sedia membantu mendapatkan peruntukan khas bagi menggalakkan pemandu pelancong mengambil kursus bahasa.
“Ini kerana kita terima pelancong dari pelbagai negara seperti China dan India selain pasaran-pasaran baharu di Eropah Timur,” katanya.
Dalam pada itu, Presiden MITA Uzaidi Udanis yakin jumlah pelancong yang disasarkan timbalan perdana menteri mampu dicapai berdasarkan bilangan penduduk Fujian yang berjumlah lebih 30 juta orang.
Uzaidi memberitahu pemberita bahawa kemasukan pelancong dari Fujian akan membantu kerajaan mencapai sasaran kemasukan empat juta pelancong China tahun ini.
Menurutnya, pusat pemprosesan visa yang bakal diwujudkan itu yang kelima di China selain Guangzhou, Kunming, Shanghai dan Beijing. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment