Hi! Welcome Back and Stay Tune! IJN catat hampir 97 peratus kejayaan rawatan pesakit jantung pada 2016 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

IJN catat hampir 97 peratus kejayaan rawatan pesakit jantung pada 2016

GEORGE TOWN: Institut Jantung Negara (IJN) mencatatkan 95 hingga 97 peratus kejayaan dalam merawat pesakit jantung tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub berkata peratusan kejayaan itu melibatkan rawatan kepada lebih 9,000 pesakit yang mengalami pelbagai jenis penyakit berkaitan jantung dan dirujuk ke IJN.

Bercakap kepada pemberita pada Rabu, beliau berkata ia merangkumi kejayaan rawatan kira-kira 4,000 pesakit menerusi pelbagai jenis pembedahan serta 5,000 rawatan kardiologi (tanpa pembedahan).

“Dengan pelbagai teknologi terkini dimiliki IJN, disokong kekuatan pasukan perubatan pakar, membantu kita untuk memastikan setiap pembedahan mahupun rawatan yang dilakukan itu berjaya.

“Bagi memastikan IJN berkeupayaan mengekalkan rekod cemerlang ini, kita akan mengaplikasikan penggunaan beberapa teknologi baharu pada tahun ini sekali gus membantu mengurangkan operasi pembedahan terutama melibatkan penukaran injap,” katanya.

Dr Mohd Azhari ditemui selepas menghadiri Program Inisiatif Sosial Korporat IJN , ‘My Heart My Life 2017’, di Kampung Naran, Batu Maung di sini pada Rabu.

Program berkenaan juga menyaksikan Yayasan IJN, sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan, menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada kerajaan Pulau Pinang dan RM50,000 daripada syarikat Federal Oat Mills Sdn Bhd.

Dr Mohd Azhari berkata IJN akan meneruskan inisiatif mendekati masyarakat terutama di kawasan luar bandar bagi meningkatkan kesedaran orang awam terhadap kepentingan kekal aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat yang amat penting dalam mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

“Penyakit jantung merupakan punca utama kematian di negara ini sejak beberapa tahun lalu dan kita mahu mengubah trend ini seterusnya melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas jasmani serta rohani,” katanya. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kNS2NO

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.