Hi! Welcome Back and Stay Tune! KLHC Selangkah Ke Final Piala TNB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KLHC Selangkah Ke Final Piala TNB

KUALA LUMPUR: Juara Divisyen Perdana Liga Hoki Malaysia 2017, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) hanya selangkah ke final Piala TNB selepas menewaskan pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 1-0 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Hoki Tun Razak di sini, Selasa malam.

Selepas menamatkan aksi liga dengan pencapaian cemerlang, KLHC bagaimanapun terpaksa bekerja keras apabila berdepan tentangan sengit daripada TNB sebelum mencatat kemenangan tipis itu.

TNB terlebih dahulu menguasai permainan dengan melancarkan beberapa serangan berbahaya termasuk menerusi satu pukulan sudut penalti yang terkena palang, namun kekebalan benteng pertahanan KLHC diketuai penjaga gol, Muhammad Shafie berjaya menidakkan peluang lawan mereka.

Seakan keputusan perlawanan dilihat berakhir dengan seri, penyerang KLHC Mohd Syamim Mohd Yusof muncul wira selepas jaringan padangnya di babak akhir perlawanan memastikan KLHC pulang dengan kelebihan satu gol.

Pada satu lagi aksi separuh akhir pertama, juara Piala Sumbangsih, Pasukan Hoki Terengganu (THT) hampir dimalukan pasukan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) sebelum perlawanan berakhir dengan keputusan seri 4-4.

UniKL terlebih dahulu membuka jaringan menerusi gol padang S. Selvaraju pada minit ke-14, sebelum THT menyamakan kedudukan seminit kemudian melalui B. Namasivayaman, diikuti jaringan padang Jang Jonghyun pada minit ke-17 untuk menjadikan kedudukan 2-1 berpihak kepada THT.

Namun, UniKL kembali mendahului menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Aleem Bilal pada minit ke-33 dan jaringan padang Mohad Ashran Hamsani dua minit kemudian, namun THT berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-36 melalui Mohd Fitri Saari.

UniKL berjaya menjaringkan gol keempat pada minit ke-45 untuk menjadikan kedudukan 4-3 selepas memperoleh pukulan penalti yang tenang disempurnakan Muhammad Najmi Farizal Jazlan, namun di hujung babak permainan, Jang muncul wira menyelamatkan maruah THT apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-60.

Perlawanan separuh akhir kedua akan berlangsung di venue yang sama pada Jumaat ini.

Sementara itu, pengurus KLHC, Zaki Mohd Noor berkata perlawanan hari ini berbeza dengan aksi liga, di samping kegagalan pemainnya menyesuaikan diri dengan permukaan padang sehingga menyukarkan lagi corak permainan mereka.

“Ia satu perlawanan yang sangat sukar dan berbeza, kami terpaksa bermain dalam keadaan yang kami sendiri tidak biasa, namun pujian harus diberikan kepada pemain yang berjuang sehingga ke hujung perlawanan,” katanya. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kObY3f

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.