Hi! Welcome Back and Stay Tune! Warga Korea Selatan ‘Bosan’ Dengan Perhatian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Warga Korea Selatan ‘Bosan’ Dengan Perhatian

Spread the love

KUALA LUMPUR – Ketika negara ini dicengkam kes pembunuhan Kim Jong-nam, sesetengah daripada kalangan masyarakat Korea Selatan di sini tidak mahu mereka dikaitkan dengan isu ini.

Sejak kematian Jong-nam, warga Korea Utara itu pada 13 Februari lalu, beberapa pengendali perniagaan dari Korea Selatan di Solaris Mont Kiara mendapati diri mereka mendapat perhatian media asing.

“Jangan ganggu kami. Ini tidak ada kena mengena dengan kami,” kata seorang pemilik restoran yang marah apabila didekati.

Reaksi beliau itu secara umum telah mencerminkan perasaan rakan-rakannya yang lain, walaupun perniagaan berjalan seperti biasa.

Dalam satu tinjauan kira-kira tengah hari Rabu, ramai peniaga restoran dan salun rambut Korea dilihat giat menjalankan perniagaan mereka.

Ditanya mengenai kes bunuh berprofil tinggi di Malaysia yang melibatkan ‘jiran’ yang bermusuhan negara mereka, kebanyakan pemilik perniagaan berkata mereka sudah bosan dengan perhatian media dan enggan mengulas lanjut.

Pengurus sebuah pasar mini Korea Selatan berkata wakil media luar negara, termasuk dari negara mereka sendiri dan Jepun, telah datang ke kawasan tersebut untuk mendapatkan maklum balas tetapi akhirnya terpaksa pulang.

Seorang pemilik restoran, Shim, 35, berkata, kematian Jong-nam tidak memberi kesan di kalangan masyarakat Korea Selatan di sini.

“Kebanyakan yang seusia dengan saya terlalu sibuk dengan pekerjaan dan tidak bercakap mengenainya,” katanya.

Tetapi beliau mengakui bahawa kejadian itu telah menjadi satu topik hangat di kalangan rakan-rakan ibu bapanya di kampung halamannya.

Shim berkata perniagaannya tidak terjejas teruk berikutan pembunuhan itu kerana kebanyakan pelanggannya adalah warga tempatan.

Bekas Presiden Persatuan Korea di Malaysia Datuk Bryce Kwon berkata masyarakat Korea Selatan tidak bimbang mengenai kemungkinan tindak balas daripada pembunuhan itu.

“Polis sedang menjalankan siasatan, jadi kami serahkannya kepada mereka. Setakat ini, tiada seorang pun daripada penduduk di sini telah menyatakan kebimbangan mengenai situasi di sini, malah perniagaan juga tidak terjejas.

“Kami berasa selamat di Malaysia. Tidak ada alasan untuk kami bimbang mengenainya,” katanya ketika dihubungi. – mStar Online

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kOj7Aq

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.