38 Maut, 12 Cedera Dirempuh Bas Di Haiti
Spread the love
PANAMA CITY – Seramai 38 terbunuh dan sedozen lagi cedera selepas sebuah bas merempuh orang ramai di utara Haiti pada awal pagi Ahad, menurut laporan dari Port-au-Prince, Haiti.
Bas dipercayai merempuh dua orang awam sebelum merempuh sekumpulan orang ramai yang sedang berkumpul menyaksikan festival muzik di bandar Gonaives, kira-kira pukul 3 pagi waktu tempatan, menurut laporan memetik pihak berkuasa perlindungan awam Haiti.
Bas yang dinaiki beberapa penumpang itu dikatakan dalam perjalanan dari Cap Haitien menuju ke Port-au-Prince.
Dilaporkan seramai 34 mangsa maut di tempat kejadian manakala empat lagi disahkan meninggal dunia di hospital. – BERNAMA/NNN/XINHUA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!






Post a Comment