Hi! Welcome Back and Stay Tune! Awas Elakkan Melakukan Perkara Ini Terhadap Anak Anda Yang Sedang Demam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Awas Elakkan Melakukan Perkara Ini Terhadap Anak Anda Yang Sedang Demam


ANAK DEMAM, TUAM AIR PANAS ATAU SEJUK?

Demam adalah suatu sakit yang amat biasa dialami oleh anak-anak kita. Ia biasanya adalah merupakan satu respons normal tubuh badan terhadap jangkitan kuman (virus, bakteria dan sebagainya).

Demam yang tinggi kadang kala adalah bahaya dan boleh menyebabkan sawan yang boleh merosakkan otak. Juga demam yang tinggi akan menyebabkan anak-anak tidak selesa dan meragam.

Salah satu cara mudah menurunkan suhu badan selain mengambil ubat paracetamol adalah dengan memakaikan anak anda dengan pakaian ringkas dan tipis bagi memudahkan haba badan terbebas. Juga ramai perawat akan menasihati ibu bapa melakukan tuaman pada tubuh badan secara berkala apabila suhu badan tinggi dengan tuala yang basah.
Ini menimbulkan persoalan kepada ramai sama ada perlu menggunakan tuala basah yang sejuk ataupun panas/suam. Ada yang mengatakan guna tuala sejuk dan ada yang kata guna tuala yang direndam dengan air yang panas/suam.

Pandangan yang lebih rojih/tepat dalam soal ini adalah, gunakan tuala yang direndam pada air pada suhu bilik/ambient temperature. Bermakna, air paip biasa saja adalah memadai.

Air yang panas/suam akan menyebabkan suhu badan semakin meningkat sebenarnya. Demikian juga air sejuk akan menyebabkan liang-liang roma dan saluran darah periferi mengecut dan akan menyebabkan haba badan terperangkap di dalam badan.

Jadi, gunakan saja air pada suhu bilik dan maintain suhu bilik pada suhu yang selesa dingin (tidak terlalu panas mahupun sejuk) kerana ia membantu menurunkan suhu badan melalui kaedah konveksi dan sejatan.

Jika sekalipun terpaksa menggunakan air suam untuk menuam anak anda kerana anak tidak tahan sejuk, gunakan air yang bersuhu lukewarm/suam-suam kuku bagi tujuan ini.

Elakkan menuam anak anda dengan air panas (warm water) mahupun air sejuk apatah lagi ais.

Tidak perlu menggunakan penampal demam seperti Kool Fever sebenarnya pun kerana tiada bukti keberkesanannya hingga kini.

Semoga bermanfaat.

The post Awas Elakkan Melakukan Perkara Ini Terhadap Anak Anda Yang Sedang Demam appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nAlAfN

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.