Hi! Welcome Back and Stay Tune! Baju Allahyarham Haron Din Mencapai Harga RM3,500 Ketika Dilelong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Baju Allahyarham Haron Din Mencapai Harga RM3,500 Ketika Dilelong

KUALA LUMPUR: Sepersalinan baju Melayu berwarna hijau milik bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Dr Haron Din mencapai harga RM3,500 ketika dilelong dalam satu acara kelolaan parti Islamik itu pada Sabtu.

Dana yang diperoleh daripada jualan tersebut akan digunakan bagi tujuan kempen Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Pemilik baharu baju tersebut, Muhd Hanif Jamaluddin, 30, berkata beliau menganggap peluang untuk memiliki baju milik alim ulama sebagai satu rezeki.

“Jika kita tidak dapat bertemu dengan Allahyarham, sekurang-kurangnya saya berharap saya mendapat barokah (berkat) daripada pemilikan ini,” kata Hanif.

Proses lelongan tersebut diadakan sempena acara Makan Malam dan Dialog Politik bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentang masa depas PAS dan PRU 14 di Dewan Seri Iskandar di Setiawangsa pada Sabtu malam.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mxhwfO

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.