Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ashleigh Barty Muncul Juara Tenis Terbuka Malaysia ALYA WTA 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ashleigh Barty Muncul Juara Tenis Terbuka Malaysia ALYA WTA 2017

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyampaikan trofi Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia ALYA WTA 2017 kepada pemain Australia, Ashleigh Barty yang merangkul gelaran perseorangan kejohanan itu.

Beliau juga menyampaikan hadiah kepada pemenang kedua Nao Hibino dari Jepun, yang berlangsung di TPC Kuala Lumpur di Bukit Kiara di sini.

Barty membawa pulang wang tunai US$43,000 manakala Hibino merangkul US$21,400.

Pemain Australia itu menewaskan Hibino 6-3, 6-2. Permainan turut dihentikan seketika berikutan hujan.

Ketibaan Rosmah disambut Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Diiktiraf oleh WTA atau Persatuan Tenis Wanita, Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia berlangsung di TPC Kuala Lumpur di tengah-tengah persekitaran hijau ALYA Kuala Lumpur, pembangunan mewah yang baru dilancarkan oleh Sime Darby Property. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lO9Epk

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.