Bayern Raih Tonik Sempurna Sebelum Aksi Eropah
PEMAIN Bayern Munich, Franck Ribery (kiri) dihalang pertahanan Cologne, Pawel Olkowski pada perlawanan Bundesliga, awal pagi tadi. – Foto AFP
BERLIN: Bayern Munich melebarkan penguasaan di puncak Bundesliga kepada tujuh mata hasil kemenangan 3-0 di Cologne awal pagi tadi, sekali gus menjadi aksi pemanas badan sempurna sebelum berkunjung ke Arsenal bagi aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu ini.
Pemain antarabangsa Sepanyol, Javi Martinez dan Juan Bernat menghadiahkan Bayern kelebihan selesa dua gol sebelum pemain gantian Franck Ribery meledak gol ketiga pada minit ke-90.
Keputusan itu membolehkan Bayern terus menjarakkan diri dengan pasukan tangga kedua RB Leipzig, yang terikat 2-2 bersama Augsburg, semalam.
“Kami gembira, kerana ia adalah keputusan yang penting buat kami,” kata pengendali Bayern, Carlo Ancelotti.
“Kami mempunyai masalah pada permulaan aksi, kerana mereka sangat tersusun, tetapi kami mula membuka perlawanan selepas mendahului 1-0 dan menampilkan aksi babak kedua yang cemerlang.”
Bayern selepas ini akan bersiap ke Arsenal untuk menghadapi pertembungan kedua peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara dengan membawa bekalan selasa 5-1 daripada aksi pertama.
Sementara itu, Borussia Dortmund terpaksa melupakan Marco Reus untuk pertemuan Liga Juara-Juara bertemu Benfica, awal pagi Khamis ini selepas pemain sayap Jerman itu diusung keluar ketika menjinakkan Bayer Leverkusen 6-2, awal pagi tadi.
Pierre-Emerick Aubameyang menyumbat dua gol untuk koleksi jaringan peribadi ke-21 pada musim ini, dua di depan pemain Bayern, Robert Lewandowski, namun kemenangan itu dibayangi kecederaan hamstring Reus.
AFP
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mqLFQv✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment