Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas Pegawai Bernas Dijel 60 Bulan, Denda RM365k - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas Pegawai Bernas Dijel 60 Bulan, Denda RM365k

Spread the love

ALOR SETAR – Seorang bekas pegawai kanan Padiberas Nasional dijatuhi hukuman penjara 60 bulan serta denda RM365,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini bagi enam pertuduhan rasuah antara 2013 dan 2014.

Hakim Zanol Rashid Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap Hassin Mad Zin, 55, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama, Hassin dipenjara selama 10 bulan dan denda RM45,000 kerana menerima suapan RM9,000 daripada pemilik WH Awana Enterprise pada 6 Ogos 2014 bagi mendapatkan 30 tan beras ST15 bagi bulan Julai tahun sama daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Untuk lima lagi pertuduhan, tertuduh dikenakan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM64,000 bagi setiap pertuduhan.

Bagi lima pertuduhan itu, Hassin didakwa menerima suapan RM12,800 pada September, Oktober, November, Disember 2013 dan Januari 2014 daripada pemilik Syarikat Berkat Zarul Enterprise sebagai dorongan mendapatkan 40 tan beras ST15 bagi syarikat itu bagi bulan September, Oktober dan November serta dua kali bagi Disember daripada kementerian sama.

Untuk pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima suapan itu menerusi akaun Bank Islam Cawangan Alor Setar manakala bagi lima lagi pertuduhan dia didakwa berbuat demikian menerusi akaun bank sama di cawangan Guar Chempedak.

Bagi semua pertuduhan itu, Hassin didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.

Zanol Rashid yang memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bagaimanapun membenarkan penangguhan selepas selesai proses rayuan tertuduh.

Tertuduh kemudian membayar kesemua denda tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia A. Hafiizh Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Sofee Razak. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nkpn0j

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.