Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berang Ditegur, Pelajar Tumbuk Muka Cikgu !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berang Ditegur, Pelajar Tumbuk Muka Cikgu !!!

Berang Ditegur, Pelajar Tumbuk Muka Cikgu !!! |Kulim: Pelajar tingkatan empat ditahan reman tiga hari selepas dipercayai menumbuk guru lelaki di sekolah menengah di sini, semalam.

GAMBAR HIASAN

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad berkata, pelajar terbabit ditahan selepas pihak polis menerima laporan daripada guru berusia 50 tahun itu pada 11 pagi semalam dan direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes itu.

Katanya, mengikut laporan kejadian dikatakan berlaku ketika pelajar terbabit berada di dalam pejabat sekolah untuk sesi soal siasat selepas terbabit pergaduhan dengan pelajar lain di dalam kelas.

“Dalam kejadian 9.30 pagi itu, pelajar berkenaan terbabit bergaduh dengan rakan sekelasnya ketika masing-masing sedang mengikuti ujian seni lukis, sebelum cuba dileraikan oleh guru wanita bertugas dan pelajar lain.

“Ketika pergelutan berlaku pelajar berkenaan mengambil sekeping cermin tingkap nako yang berada berhampiran dengannya lalu melibas ke arah beberapa pelajar yang cuba meleraikan pergaduhan menyebabkan tiga pelajar cedera dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kulim,” katanya dihubungi di sini, hari ini.

Abdullah berkata, selepas pergaduhan dileraikan tiga pelajar dibawa ke pejabat guru yang bertugas untuk sesi soal jawab berhubung pergaduhan itu termasuk suspek.

“Ketika sesi soal jawab itu suspek naik berang sebelum menumbuk muka guru terbabit,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Kredit : EBerita

P.S. 1 – Jangan Berani Memiliki Kereta Kalau Tak Tahu 31 Perkara Penting Ini Terutamanya No 23 !!!
P.S. 2 – Banduan Ini Kuat ‘Makan’. Apa Yang Dimakannya Pasti Mengejutkan Anda !!!
P.S. 3 – Kisah Benar Cikgu Diseksa Ketika Koma Sebelum Ke Mekkah..Terkejut Ini Puncanya !!!
P.S. 4 – (VIDEO) Kejadian Aneh Kubah Hijau Masjid NABI MUHAMMAD SAW Bertukar Warna Merah !!!
P.S. 5 – Ayam Ini Masih Boleh Hidup Setahun Lebih Tanpa Kepala, Puncanya Buat Ramai TERPANA !!!

The post Berang Ditegur, Pelajar Tumbuk Muka Cikgu !!! appeared first on BISKUTMANIS.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mi2CZm



✍ Sumber : ☕ BISKUTMANIS


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.