Hi! Welcome Back and Stay Tune! Biskut Gery Disahkan Selamat Untuk Dimakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Biskut Gery Disahkan Selamat Untuk Dimakan

Biskut Gery yang pernah viral di media sosial sebelum ini | Foto – SyahmasD
KOTA KINABALU, SABAH – Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi mengesahkan biskut jenama Gery yang mengandungi tartrazine (E102) iaitu pewarna sintetik adalah selamat untuk dimakan, lapor Harian Metro. 
Dr Christina berkata, pihaknya prihatin dengan dakwaan biskut Gery yang dijual di Sabah boleh memberi kesan sampingan kepada pengguna. 
“Saya ingin jelaskan bahawa E102 adalah bahan pewarna sintetik yang dibenarkan penggunaannya dalam biskut. 
“Ini sebagaimana peraturan 135(2)(b) dan Jadual Ketujuh, Peraturan 21 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985,” katanya. 
Sehubungan dengan itu, pengguna tidak perlu khuatir kerana Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa menjalankan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas isu keselamatan makanan bagi melindungi orang ramai. 
Biskut Gery adalah biskut buatan dari Indonesia yang sebelum ini viral di media sosial. Ramai yang memuji kesedapannya terutamanya Biskut Gery Saluut Malkist. 
Biskut ini juga mempunyai sijil halal daripada Majlis Ulama Indonesia yang telah diiktirafkan oleh JAKIM Malaysia.
Namun netizen di media sosial menganggap biskut ini adalah biskut berhantu kerana sekali makan pasti nak lagi. – The Reporter

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mCO6yD

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.