Hi! Welcome Back and Stay Tune! BN Tidak Guna Muslihat Untuk Tipu Pengundi – Salleh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BN Tidak Guna Muslihat Untuk Tipu Pengundi – Salleh

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO tidak beroperasi seperti Ali Baba dan tidak menggunakan muslihat bagi menipu pengundi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata ini kerana UMNO dan BN bekerja secara telus serta saling menghormati antara satu sama lain dengan parti yang berada dalam gabungan itu.

“Kami juga tidak membuat pusingan U hanya untuk memenuhi kehendak individu tertentu dan mengorbankan parti atau gabungan seperti yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang.

“Persepsi yang cuba dibuat oleh pembangkang adalah untuk menunjukkan Pakatan adalah gabungan yang diterajui Melayu, bukannya dipimpin DAP,” katanya dalam blognya, sskeruak.blogspot.my, pada Ahad.

Namun tegas Salleh, ia terbukti salah kerana adalah “jelas pemimpin DAP, Lim Kit Siang banyak menguasai Pakatan serta menentukan apa yang berlaku.”

Salleh yang juga Bendahari UMNO berkata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lebih sekadar menjadi alat.

Menurutnya, kebanyakan Melayu dalam DAP ‘hanya digunakan sebagai maskot untuk memancing pengundi Melayu, sedangkan hakikatnya kedua-dua mereka tidak mempunyai suara dalam Pakatan kerana masing-masing bukan Anggota Parlimen.’

“Pada dasarnya, seperti apa yang dikatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang melihat kepura-puraan ini, Mahathir dan Anwar menjadikan situasi Ali Baba yang sempurna untuk DAP berselindung di belakang.

“DAP tahu mereka tidak mampu bersendirian memancing pengundi Melayu, jadi mereka perlukan Mahathir dan Anwar untuk melakukannya,” katanya.

Semalam, Najib menganggap pembangkang di Malaysia sebagai ‘ali baba’ kerana tidak ada kesepakatan di antara mereka terhadap siapa yang akan dilantik menjadi perdana menteri sekiranya memenangi pilihan raya umum akan datang. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mJpCVR

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.