Hi! Welcome Back and Stay Tune! Chen Long 'bungkus' Di Seluruh England - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Chen Long 'bungkus' Di Seluruh England

BIRMINGHAM: Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016, Chen Long tersingkir daripada Seluruh England selepas tewas mengejut kepada Tanongsak Saensomboonsuk dari Thailand pada pusingan kedua, awal pagi tadi.

Selepas tujuh bulan kejayaan di Rio dan tidak beraksi dalam pertandingan kompetitif, Chen Long tampil goyah serta gagal menahan serangan pemain nombor 12 dunia itu sebelum tewas 21-16, 21-19.

“Semua pemain memasang impian memenangi kejuaraan ini dan saya juga mahukannya,” kata Chen Long, 28 tahun. “Fokus saya kini mahu mendapatkan semula rentak.”

Kejutan itu menyaksikan pemain pilihan utama dan bekas juara tiga kali, Datuk Lee Chong Wei mungkin bertemu Tanongsak di separuh akhir.

Chong Wei mara ke suku akhir selepas menewaskan pemain 21 dunia dari Taiwan, Wang Tzu Wei 21-18, 21-18 dan akan berentap menentang pemain China Tian Houwei. – AFP

Keputusan pusingan kedua

Perseorangan lelaki

Lee Chong Wei (MAS x1) mn Wang Tzu Wei (TPE) 21-18, 21-18

Tian Houwei (CHN x7) mn H.S. Prannoy (IND) 21-13, 21-5

Tanongsak Saensomboonsuk (THA) mn Chen Long (CHN x4) 21-16, 21-19

Lin Dan (CHN x6) mn Huang Yuxiang (CHN) 21-16, 21-11

Chou Tien Chen (TPE) mn Sony Dwi Kuncoro (INA) 21-13, 21-11

Kasumasa Sakai (JPN) mn Jan Jorgensen (DEN x2) 21-16, 21-13

Viktor Axelsen (DEN x3) mn Zhao Junpeng (CHN) 21-10, 21-11

Shi Yuqi (CHN) mn Ng Ka Long (HKG x8) 21-16, 21-13

Perseorangan wanita

Pusarla Sindhu (IND x6) mn Dinar Ayustine (INA) 21-12, 21-4

Akane Yamaguchi (JPN x7) mn Chiang Mei Hui (TPE) 21-19, 20-22, 21-15

Ratchanok Intanon (THA x5) mn Hsu Ya Ching (TPE) 21-14, 21-15

Tai Tzu Ying (TPE x1) mn Minatsu Mitani (JPN) 27-25, 21-11

Sun Yu (CHN x4) mn Chen Yufei (CHN) 21-15, 21-14

Carolina Marin (ESP x2) mn He Bingjiao (CHN) 15-21, 21-19, 21-10

Saina Nehwal (IND x8) mn Fabienne Deprez (GER) 21-18, 21-10

Sung Ji-Hyun (KOR x3) mn Yin Yip Pui (HKG) 15-21, 21-16, 21-9.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n52EID

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.