Hi! Welcome Back and Stay Tune! Motta Rempuh Penyokong PSG - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Motta Rempuh Penyokong PSG

PARIS: Selepas dimalukan Barcelona dalam aksi Liga Juara-Juara, nasib pemain tengah Paris Saint-Germain Thiago Motta seperti ‘jatuh ditimpa tangga’ apabila melanggar seorang penyokong dengan kereta ‘sport’ miliknya, pagi tadi.

Dikelilingi 30 penyokong yang berang dengan kekalahan di Camp Nou, mereka menunggu ketibaan pemain PSG di luar lapangan terbang Le Bourget sejak awal pagi lagi.

Dalam keadaan kelam kabut, kereta dipandu pemain kebangsaan Itali itu melalui kelompok penyokong dan jurugambar yang dilihat menghalang jalan.

Pada ketika itulah, seorang penyokong lelaki meluru pantas ke arah kereta Motta dan dilanggar.

Mangsa yang mengalami kecederaan ringan kemudian dibawa ke hospital, kata seorang sumber polis kepada AFP.

Mangsa kemudiannya memfailkan aduan rasmi berhubung insiden berkenaan.

Polis membuka kertas siasatan berhubung insiden itu tetapi PSG mempertahankan Motta dengan mengeluarkan kenyataan yang menyelar kelakuan segelintir penyokong ketika menyambut ketibaan pasukan.

Kelab itu berkata pemainnya terpaksa berdepan beberapa penyokong di lapangan terbang Bourget meskipun kelab dan pihak berwajib memperketatkan keselamatan.

“Beberapa penyokong menghina pemain sebelum merosakkan kereta mereka. Beberapa kereta didapati rosak.

“Dalam keadaan yang tegang ini, kesemua kereta diiringi bagi memastikan keselamatan pemain, keluarga mereka dan staf kelab.

“Seorang individu dilanggar oleh sebuah kereta yang cuba melepasi kelompok penyokong yang mana jelas secara fizikalnya mengancam pemain dan keluarga mereka.”

PSG dalam pada itu menegaskan mereka sudah memaklumkan penyiasat mengenai kesediaan bagi membantu siasatan kes berkenaan. – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mr2wC3

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.