“Dia Sahabat Aku, Ashook Kumar” – Kisah Mat Despatch Bantu Lelaki Gelandangan Ini Buka Mata Rakyat Malaysia
Puas aku mencari, aku sabar menanti Ashook di port dia. Aku duduk di atas motor sambil ditemani tiupan angin di bahu jalan. Tiba-tiba, terasa tepi pinggang aku dicuit orang, aku menoleh ke belakang dan terus nampak si gila ini.
“Hang pi mana?”
Ashook membalas pertanyaan aku dengan ketawanya saja. Dia tidak tahu betapa risaunya aku mencari dia sebentar tadi. Pada mulanya, dia masih berkeras tidak mahu menggunting rambutnya. Tetapi aku tetap memaksa dan akhirnya dia mengalah dan bersetuju.
“Ahh lantaklah!”
Tanpa membuang masa, aku terus parking motosikal aku dan terus berjalan dengan dia menuju ke kedai gunting rambut. Sambil berjalan, kami diperhatikan orang lain seperti aku pula yang tidak siuman di pandangan mereka.
Seperti yang dijanjikan aku dengan sahabat aku Ashook pergi gunting rambut. Aku habiskan masa rehat tengah hari aku untuk menemani dia. Kami berjalan sambil berborak. Ketenangan yang aku rasa masa ni hanya Allah saja yang tahu. Aku rasa bahagia sangat walaupun ramai yang memerhatikan gelagat aku dengan Ashook. Sempat aku mengambil dua keping gamabr untuk dijadikan sebagai ‘kenangan terindah’ dalam hidup aku.
Hang sahabat aku Ashook!
Sampai saja kami di kedai gunting rambut ini, bangla ini mahu keluar makan katanya dan mahu tutup kedai sementara. Aku apa lagi, aku terus tunjukkan perangai abang long aku konon-kononnya. “Hei bai, you gunting saya punya kawan rambut dulu, nanti-nanti saya you pergi makan.”
Punyalah ketawa terbahak-bahak si Ashook ini. Tidak kering gusi dibuatnya. Terus bai ini gunting rambut Ashook. Sambil-sambil itu aku berswafoto masa dia tengah gunting rambut. Inilah kenangan yang tidak dapat aku lupakan.
Selesai saja gunting rambut, sambil berjalan sambil kami berborak, Ashook cakap dia mahu mencari kerja. Aku tidak pasti kerja apa yang aku dapat bantu. Aku mintak maaf Ashook. Dia cakap dia jalan-jalan nanti sambil tanya kerja kosong. Aku risaukan dekat mana dia nak mandi kejap lagi. Tapi dia yakinkan aku, dia cakap ada tandas awam dekat kawasan sini yang boleh dia mandi nanti. Menitik peluh ke dagu aku masa berjalan. Mana tidaknya, jauh jugalah jarak kami berjalan dari Jalan Imbi ke Jalan Alor.
Sampai saja di port Ashook ini balik. Terus kami sambung berborak. “Aku gatallah rambut bahu aku semua gatal” adu si Ashook pada aku. Dalam fikiran aku, aku pasti yang Ashook perlu mandi bagi menghilangkan kesan-kesan gatal selepas gunting rambu tadi.
2:00pm
Waktu untuk aku rehat sudah semakin lewat. Banyak lagi surat yang aku belum hantar, banyak lagi kerja aku yang masih pending. Aku minta diri dulu dari Ashook dan mengingatkan dia supaya mencari tandas untuk bersihkan badan dia dan menukar pakaian baru yang baru aku berikan.
Seperti biasa, sebelum aku pulang, aku akan hulurkan beberapa keping duit kepada Ashook untuk dia beli barang-barang keperluan seperti sabun, sikat, berus gigi, makan dan lain-lain. Walaupun pada mulanya Ashook menolak pemberian aku, namun setelah didesak beberapa kali, dia akhirnya mengalah. Dia takut kalau-kalau itu kali terakhir aku berjumpa dia pun hulurkan sekeping kerta minta aku tinggalkan no. telefon aku.
Dia mendakapkan tangan di dadanya sebagai tanda berterima kasih. Aku tersenyum berpuas hati.
“Aku tidak tahulah macam mana mahu membalas jasa hang,” kata Ashook sambil menunduk.
“Dey Ashook, hang tenanglah, tidak luak pun duit aku tolong hang, hang berdoa saja supaya aku dimurahkan rezeki. Nanti kalau kaya, kita berdua pergi cari orang susah pulak,” balas aku.
Ini semua dugaan hang Ashook. InshaAllah hang akan berjaya. Aku nak hang jadi macam dulu. Lupkan semua masalah. Aku tidak akan berada di belakang hang, tetapi aku akan ada di sebelah hang. Satu lagi, hang doakan aku supaya cepat dapat jodoh.” tambah aku berseloroh.
Aku lupakan semua masalah aku penat aku demi tanggungjawab dunia. Walaupun aku bukanlah orang yang alim cukup solat cukup ibadah. Insyaallah selagi aku diberi peluang di dunia, selagi aku dimurahkan rezeki aku akan terus menjalankan tanggungjawab. Siapa-siapa yang ada terdengar jawatan-jawatan kosong yang boleh sediakan hostel/tempat tinggal bolehlah beritahu aku. Tidak kisahlah kerja apa, asalkan sabahat aku, Ashook ini mendapat pekerjaan segera.
Muka saja bermisai, berjambang, padahal, menitik jugalah air mata Ashook ini. Sebak hati ketika mencipta kisah aku dengan sahabat aku Ashook Kumar. Dalamilah nasib kehidupan orang yang jauh lebih daif. Bersyukurlah, aku kongsikan rakaman dan gambar-gambar sebelum dan selepas dia gunting rambut. Dia sahabat aku Ashook Kumar. Insyaallah jika diberi peluang aku akan terus mencipta kisah-kisah aku bersama Ashuk Kumar esok hari. Doakan dia dapat kerja. Ashuk kirim salam dekat kita semua.
Bukan kisah Fattah Amin, cuma nukilan seorang mat despatch. Hanya sekeping ijazah jalanan.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lwNICT✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment